Pasti ramai yang membeli secara dalam talian, terutamanya dalam tempoh PKP ini. Ini kerana rakyat Malaysia diarahkan untuk duduk dirumah bagi memutuskan rantaian COVID-19 ini. Tambahan lagi, ianya memudahkan rakyat Malaysia untuk berbelanja dalam talian tidak kiralah barangan kehendak mahupun keperluan.

Sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, rakyat Malaysia dinasihatkan agar berbelanja secara berhemah. Berbelanja dengan membeli barangan buatan Malaysia adalah untuk membantu menggerakkan ekonomi domestik.

Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Ekonomi dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Terengganu iaitu Dr Hazman Samsudin menyatakan sedemikian kerana rakyat Malaysia mampu menyelamatkan ekonomi negara.

Menggunakan wang Bantuan Prihatin Nasional (BPN) untuk berbelanja secara berhemah tanpa pembaziran. Sekaligus ia mampu memberi kesan pengganda kepada ekonomi domestik. Selain itu, ia juga menyumbang ke arah peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia.

BACA JUGA :   Industri Sawit Malaysia Mampu Berkembang Di Afrika.

Jabatan kerajaan, agensi berkaitan seperti agensi pemasaran disarankan untuk membuat kempen beli barangan tempatan secara besar-besaran. Tambah Dr Hazman lagi, kebimbangan berlaku kerana kebanyakan rakyat Malaysia lebih cenderung untuk membeli barangan bukan buatan Malaysia semasa PKP secara dalam talian.

Kebanyakan barangan yang dijual secara dalam talian adalah kehendak dan import, justeru itu ia menjadikan wang disuntik keluar dari aliran ekonomi domestik. Nasihat beliau, sebagai rakyat Malaysia haruslah bangga dengan barangan buatan Malaysia. Ini kerana matlamat utama adalah untuk menggerakkan ekonomi domestik.

PKP telah menjadikan industri sangat terkesan termasuklah industri pengangkutan, pembinaan, pelancongan dan rangkaiannya. Apabila tamatnya PKP dan COVID-19 ini, beliau menasihati rakyat Malaysia agar melanconglah dalam Malaysia dan berbelanja dalam sektor-sektor yang menyumbang ke arah ekonomi domestik.

BACA JUGA :   Maahad Buuth Peluang Untuk Anda Selami Ilmu Pengajian Islam Di Mesir.

Jangan lupa untuk berbelanja dan menyumbang kepada usahawan kecil mahupun besar dalam Malaysia. Bersama-sama kita menyokong barang buatan Malaysia.

Jom ikuti Kursus Bahasa Arab di Timur Tengah !

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here