Filem Daulat yang memaparkan sisi gelap dunia politik ini berkisarkan watak Presisden MUNA, Hassan yang telah mengambil keputusan untuk melantik Suri sebagai timbalan presiden parti. Pemilihan Suri adalah kerana Hassan berpendapat Suri sanggup melakukan apa sahaja agar parti MUNA menang dalam pilihanraya yang seterusnya.
Filem lakonan Vanidah Imran (Suri), Tony Eusoff (Hassan), Jalaluddin Hassan (Tun Malik) dan pelakon pembantu yang dilihat mampu memberikan impak terhadap naskah ini.
Untuk rekod, filem ini gagal mendapat persetujuan dari Lembaga Penapisan Filem (LPF). Hal ini menjadikan filem ini ditayangkan secara percuma di aplikasi iflix.
Filem terbitan Lacuna Pictures arahan Imran Sheik ini didakwa mempunyai kesamaan watak dengan ahli politik di negara kita ini. Namun dakwaan itu disangkal oleh pengarah filem berkenaan dan menurut beliau itu hanyalah kebetulan semata-mata.
Terdapat juga dakwaan dimana watak Suri yang seolah-oleh menyembah tokoh falsafah politik terkenal, Niccolo Machiavelli sebagai tuhan.
“Suri menggemari prinsip dipegang Machiavelli. Gambar itu cuma sebagai simbolik kepada pegangan politik Suri dalam Daulat.
Dakwaan ini adalah kerana terdapat babak pada bahagian penghujung cerita menunjukkan Suri duduk di bawah potret Machiavelli. Hal ini secara tidak langsung menunjukkan seolah-oleh kelihatan watak Suri sedang menyambah tokoh tersebut sebagai Tuhan.
Tambah Imran, sebenarnya Suri mempunyai alasan mengapa watak tersebut menyanjung tinggi tokohan yang terkenal dengan prinsip matlamat menghalalkan cara itu.
Jangan lupa saksikan filem ini di iflix dan tinggalkan komen dan review anda mengenai filem ini. Selamat menonton.