Siapa sahaja yang tidak mengenali Cleopatra yang terkenal dengan kecantikan dan kepimpinannya memerintah kota Alexandria dalam usia yang muda. Cleopatra berasal dari keluarga Yunani dan dia merupakan salah satu puteri dari Raja Ptolemy XII. Raja Ptolemy XII memerintahd ari tahun 80-58 SM DAN 55-54 SM.

Kota Alexandria ditemukan oleh Alexander The Great pada tahun 331 SM. Kota ini adalah sebuah kota pelabuhan yang kaya dengan peradaban dan kebudayaan yang tinggi. Di kota ini, masyarakat Yunani, Mesir dan Arab hidup secara harmoni.

Alexandria pernah menjadi ibu kota Mesir sebelu Kaherah. Oleh itu, terdapat banyak destinasi tinggalan sejarah yang sangat berbaloi jika anda merancang untuk berkunjung ke kota ini.

Pilar Pompei

Terletak di tengah-tengah runtuhan Sarapeum, Pilar Pompei ini dipercayai dibina apda tahun 297 Masihi. Terdapat dua buah patung Sphnix yang akan menyambut kedantangan anda disini.

Kubu Qaitbey

Dibina pada tahun 1477, kubu ini adalah kubu pertahanan yang didirikan oleh Sultan Al-Ashraf al-Din Qait Bay. Pada tahun 1882, kubu ini hancur akibat serangan tentera Inggeris. Kini, kubu ini berfungsi sebagai muzium untuk kunjungan umum setaelah tamatnya Revolusi pada tahun 1952.

Masjid Abu Abbas Al-Mursi

Ramai cendiakawan Islam yang meninggalkan Andalusia ketika berlakunya peperangan dengan tentera Kristian Sepanyol pada tahun 1242. Oleh itu, mereka beramai-ramai pindah ke kota Alexandria. Masjid ini dibina pada abad ke-13. Selain berfungsi sebagai tempat ibadah, masjid ini turut dikunjungi kerana nilai sejarahnya.

Perpustakaan Alexandria

Alexandria terkenal dengan jolokan City Of The Learning kerana kota ini memiliki universiti yang bertaraf antarabangsa. Perpustakaan ini didirikan oleh Alexander The Great . Semenjak itu, kota ini semakin dikunjungi oleh para cendekiawan seluruh dunia.

Gereja St Marcus

Memiliki konsep zaman pemerintahan Byzantium, gereja ini pernah mengalami kerosakan ketika Perang Salib berlaku. Namun pada tahun 1819, gereja ini dibangunkan kembali oleh Paus Peter El Gawly.

Sedikit perkongsian di atas adalah antara destinasi yang terdapat di kota sejarah Alexandria. DAULAH EDUCONSULT membuka tawaran pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Perubatan di Universiti Alexandria. Kemasukan seterusnya adalah pada bulan SEPTEMBER 2020.

Mendaftar segera sebelum seat yang ditawarkan penuh!

Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya.  Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Makluamt dan lain-lain.

Pelajar Daulah di Mesir

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here