Adakah anda pelaajr lepasan SPM/IGCSE/STPM/Asasi/Matrik/Diploma atau setaraf dan masih mencari peluang menyambung pengajian ke universiti luar negara? Masih keliru dengan pilihan universiti? Jangan risau, DAULAH EDUCONSULT akan membantu anda dari A hingga Z.

Adakah anda bercita-cita untuk menjadi seorang pakar kejuruteraan yang berjaya? Ayuh teruskan membaca kerana Deenamik ingin berkongsi sedikit maklumat yang diperoleh daripada DAULAH EDUCONSULT mengenai peluang pengajian bidang kejuruteraan di luar negara.

DAULAH EDUCONSULT menawarkan universiti di dua buah negara iaitu Rusia dan Poland. Kedua-dua negara ini terkenal dengan peradaban negaranya iaitu dari segi kebudayaan dan juga industri pendidikan.

Universiti Yang Ditawarkan 

POLAND

Vistula University

Universiti ini menawarkan bidang kejuruteraan dan ditubuhkan pada tahun 1922 sebagai universiti bukan awam kedua di Poland. Hampir 60 buah negara yang menghantar pelajar mereka untuk melanjutkan pengajian ke universiti ini.

Perpustakaan di universiti ini mempunyai hampir 120,000 koleksi bahan rujukan. Suasana yang selesa dengan fasiliti dan kemudahan yang lengkap menyebabkan pelajar ingin melanjutkan pengajian ke universiti ini.

Terdapat juga kemudahan lain yang disediakan termasuklah pusat sukan untuk aktiviti riadah, kafe, asrama penginapan dan banyak lagi. Acara tahunan  universiti juga diadakan bagi memberi peluang kepada pelajar untuk menikmati aktiviti sosial bersama rakan-rakan kuliah yang lain.

BACA JUGA :   Merentas Ke Rusia Untuk Sambung Belajar Bersama Daulah Educonsult Sesi November 2020

Warsaw University of Technology

Universiti teknologi ini dibina pada tahun1915 hasil kerjasama Persatuan Kursus-Kursus Saintifik dan Jawatankuasa Warga Kota Warsaw. Merupakan antara universit tertua di Poland, terapat lebih 180 kumopulan penyelidikan, organisasi dan juga persatuan pelajar yang aktif.

Universiti ini sering mengadakan acara kebudayaan seperti sambutan perayaan, pameran dan sebagainya. Bagi bidang kejuruteraan, universiti ini menawarkan dua fakulti iaitu fakulti kejuruteraan awam dan juga kejuruteraan elektrik.

RUSIA

Moscow Aviation Institute

Ditubuhkan pada 20 Mac 1930 sebagai Higher Aero-Mechanical College (VAMU) atas arahan Majlis Ekonomi Tertinggi USSR bagi memastikan latihan kakitangan yang layak dalam industri penerbangan.

Institut pengajian ini telah ditubuhkan hampir 90 tahun dan lokasinya terletak di tengah-tengah bandar Moscow. Antara fasiliti dan kemudahan yang disedikan kepada para pelajar adalah pusat sumber, makmal penyelidikan, makmal reka bentuk, pusat kawalan misi, lapangan terbang dan banyak lagi.

BACA JUGA :   Daulah Educonsult Buka Tawaran Dalam Bidang Pergigian & Farmasi

Ketiga-tiga universiti di atas telah menerima pengiktirafan dari WHO, JPA, KPT, DCA, dan MQA. Oleh itu, anda tidak perlu risau jika sijil anda tidak laku untuk memohon pekerjaan kelak. Universiti ini menawarkan bidang pengajian kejuruteraan pesawat.

Berminat? Lakukan pendaftaran dengan segera kerana kemasukan seterusnya adalah pada bulan SEPTEMBER 2020. Negara Rusia dan Poland adalah antara negara yang menjadi pilihan pelajar seluruh dunia untuk melanjutkan pengajian dalam bidang yang lebih tinggi.

Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya.  Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Makluamt dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here