Universiti Al Azhar adalah sebuah institusi pendidikan tinggi ulung di Mesir dan seluruh pelusuk dunia mengetahui Al-Azhar sebagai pusat kesarjanaan dan pendidikan. Ramai pelajar Malaysia yang mengimpikan untuk sambung belajar di Al Azhar terutamanya pelajar lepasan SPM dan STAM.

Pelajar Madrasah Daulah

Ingin melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar namun tidak mempunyai sijil SPM dan STAM? Atau keputusan SPM dan STAM tidak menepati syarat kelayakan Timur Tengah? Jangan risau. Dalam entri kali ini, Daulah Educonsult sedia membantu anda untuk kemasukan ke Universiti Al-Azhar melalui Program Madrasah Daulah dan Maahad Buuth.

Apa itu Madrasah Daulah?

Madrasah Daulah adalah sebuah program yang ditubuhkan oleh Daulah Educonsult sebagai program persediaan pelajar sebelum melanjutkan pengajian ke Maahad Buuth dan seterusnya ke  Universiti Al-Azhar dalam Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Usuluddin, Syariah Islamiah, bahasa Arab). Jika anda menyertai Program Madrasah Daulah, sijil SPM dan STAM tidak diperlukan.

Syarat kelayakan:

  • Lelaki dan perempuan berumur 14 tahun hingga 21 tahun
  • Mempunyai keingingan yang tinggi untuk menuntut ilmu
  • Mampu mematuhi dan mengikuti peraturan yang ditetapkan oleh Madrasah Daulah

Apa itu Maahad Buuth?

Maahad Buuth Islamiyah adalah sebuah Sekolah Menengah Islam Antarabangsa Al-Azhar, Mesir yang berada dibawah pentadbiran institusi Al Azhar Asy-syariff.

Sistem pembelajaran di Maahad Buuth adalah berbentuk ‘lompat kelas’ iaitu apabila pelajar dapat menguasai pembelajaran dan memperolehi prestasi yang baik dalam peperiksaan, pelajar akan naik kelas atau level seterusnya.

Berminat untuk melanjutkan pengajian ke Madrasah Daulah? Daftar segera bersama Daulah Educonsult. Kemasukan terhad kepada 10 orang sahaja

Daulah Educonsult adalah sebuah platform yang membantu dalam merealisasikan impian pelajar untuk Berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa. Seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir dan Indonesia. Pelbagai bidang ditawarkan oleh Daulah Educonsult termasuk beberapa buah negara antaranya ialah Rusia, Poland, Bangladesh, Mesir dan banyak lagi.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here