Sumber: KKM

Sudah lebih sebulan orang ramai menjalani kehidupan seharian di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan COVID-19. Ia dilaksanakan adalah untuk memutuskan rantaian virus itu.

Justeru itu, orang ramai diingatkan agar lebih bersedia dengan norma baharu ini seusai PKP ditamatkan. Dekan Fakulti Perubatan, Universiti Malaya iaitu Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman berkata, orang ramai juga dinasihatkan untuk berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga.

Hal itu diingatkan kerana wabak itu belum lenyap sepenuhnya. Perhimpunan atau perkumpulan yang melibatkan orang ramai, tidak menjaga jarak sosial serta kebersihan diri, berkemungkinan akan dijangkiti semula.

Menurut beliau lagi, negara pasti akan dapat mengendalikan virus ini dengan lebih baik iaitu dengan memahami cara penularannya. malah, diambil tahu sejarah asal-usul penyakit itu, mengambil iktibar daripada apa yang berlaku dalam tempoh lepas.

BACA JUGA :   Pengambilan Pengajian Di Universiti Indonesia Intake September

Beliau menjadikan Singapura sebagai negara contoh dalam pengasingan orang ramai. Ini kerana, kes jangkitan COVID-19 yang sihat dan tidak mempunyai komplikasi diasingkan dalam komuniti.

Walaupun ratusan kes baharu dilaporkan, ia masih bernasib baik kerana kebanyakan daripada kes itu adalah mereka yang cergas, sihat dan pekerja asing muda. Dr Adeeba berharap agar PKP dapat menamatkan virus COVID-19 itu.

Pihak Deenamik menasihati anda untuk terus mengekalkan jarak sosial anda, jangan lupa mencuci tangan serta sentiasa mengikuti langkah-langkah kebersihan selepas pulang dari membeli barang.

Sumber: Berita Harian

Ingin sambung belajar pada tahun 2021? Jom daftar dengan Daulah Educonsult

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

BACA JUGA :   TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL KETIKA MUSIM BANJIR

Customer service 1 :0189624322

Customer service 2 :0182429322

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here