Kerjaya sebagai seorang doktor veterinar atau doktor haiwan semakin diterima baik dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Bagi mereka yang mempunyai haiwan peliharaan, pastinya akan mengetahui betapa pentingnya peranan doktor veterinar.

Namun seringkali menjadi persoalan, lepasan bidang pengajian veterinar mau kerja apa?

Jangan risau, sebenarnya, peluang dalam pekerjaan dalam bidang veterinar terutama di Malaysia amatlah luas. Tambahan, kerjaya dalam bidang veterinar memerlukan kecekaland an ketabahan hati kerana pesakit yang dirawat bukanlah hidupan yang memahami perkataan dan bahasa yang dipertuturkan.

Doktor Di klinik Haiwan

Kebanyakan pelajar lepasan bidang veterinar selesa untuk mempunyai klinik haiwan sendiri. Hal ini demikian kerana mereka peka dengan keperluan kebajikan haiwan peliharaan pada masa kini. Tambahan, perkhidmatan klinik haiwan mempunyai permintaan yang sangat tinggi dari kalangan masyarakat.

Pensyarah / Warga Pendidik

Lepasan bidang pengajian veterinar juga boleh memohon untuk menjadi pensyarah atau warga pendidik. Dlam bidang akademik, pensyarah dalam bidang ini mengalami kekurangan. Namun, anda perlu meneruskan pengajian dalam bidang Master terlebih dahulu sebelum memohon untuk menjadi tenaga pengajar.

Bekerja di Industri Poultri

Industri poultri adalah industri ayam. Jangan tersilap, jika anda bekerja dalam industri ini, anda bukan hanya perlu beekrja di ladang ayam sahaja. Anda boleh meilbatkan diri dalam sektor pembuatan makanan ayam, baka ayam dan sebagainya. Luas sebenarnya bekerja dalam sektor ayam ini.

BACA JUGA :   Peninggalan Sejarah Di Dhaka

Bekerja Dalam Sektor Ruminan

Sektor ruminan termasuklah lembu, kambing, biri-biri dan sebagainya. Tahukah anda, negara Malaysia masih lagi kekurangan dalam menghasilkan bekalan daging yang mencukupi untuk negara. Malaysia mengeksport daging dari luar negara seperti Bangladesh. Oleh itu, sektor ini masih lagi kekurangan pekerjaan yang berperanan untuk memantapkan sektor ruminan di negara kita ini. Permintaan kerjaya dalam bidang ini adalah sangat tinggi.

Zoo (Hidupan Liar)

Hidupan liar sememangnya sangat menggerunkan. Namun jika mereka berada dalam kesakitan, doktor atau pakar veterinar bertanggungjawab untuk menyelamatkan mereka. Kehidupan di zoo agak mencabar sebenarnya. Doktor veterinar perlu berdepan dengan pelbagai spesise yang berlainan ragam.

Akuakultur

Bidang ini masih belum popular di Malaysia. Namun jika di luar negara, ianya merupakan satu kerjaya yang dibayar dengan harga yang sangat tinggi. Kerjaya dalam bidang ini, anda akan berdepan dengan hidupan marin. Proses pembiakan, makanan dan suhu yang sesuai serta lain-lain.

BACA JUGA :   UIN SUSKA, Riau Di Indonesia Tawar Pelbagai Program Pengajian Dalam Bidang Pengajian Islam.

Vaksin dan Syarikat Perubatan

Kebanyakan haiwan pada masa kini mengambil vaksin disebabkan wujudnya banyak wabak dan juga virus yang datang daripda haiwan. Antara haiwan yang mengambil vaksin termasuklah ayam, itik, lembu, kambing kuda dan sebagainya. Haiwan-haiwan ini memerlukan ubat dan vaksin yang berlainan.

berminat melanjutkan pengajian dalam bidang vetererinar di luar negara? DAULAH EDUCOSULT menawarkan pengajian tersebut di negara Bangladesh dan juga Indonesia. Universiti yang ditawarkan juga diiktiraf dan bertaraf antarabangsa.

Untuk maklumat lebih lanjut, jalani sesi konsultasi bersama DAULAH EDUCONSULT secara percuma.

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Customer service 1 :0189624322

Customer service 2 :0182429322

Konsultan Utama    : 0132090322 (Tuan Syed)

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here