Rusia mempunyai pelbagai universiti yang menawarkan pelbagai bidang pengajian menarik kepada para pelajar. Penyertaan pelajar juga ada yang di dalam negara mahupun luar negara. Universiti di Rusia yang bertaraf antarabangsa kini menawarkan sesi pengajaran dalam bahasa Inggeris. Hal ini menarik minat para pelajar untuk melanjutkan pengajian ke negara yang kaya dengan kebudayaan dan sejarah ini.

Universiti bertaraf antarabangsa di Rusia turut menawarkan pengajian perubatan yang merupakan antara yang terbaik di dunia selain India, Bangladesh dan juga Mesir. Terdapat banyak universiti yang menawarkan pengajian ini di Rusia.

Kemasukan bagi bidang perubatan di universiti di Rusia adalah pada bulan September 2020. Ayuh teruskan membaca untuk maklumat lebih lanjut.

Kursk State Medical University (KSMU)

Universiti perubatan terpopular ini terletak di daerah Kursk di Rusia. Ramai pelajar dari Malaysia yang melanjutkan pengajian ke universiti ini. Selain makanan halal mudah didapati, komuniti Malaysia boleh didapati dengan mudah disini. Tambahan, suasananya yang jauh dari bandar sangat nyaman dan selesa untuk proses pengajian.

KSMU mengamalkan sistem “LOCK FEE” dimana pelajar hanya perlu membayar yuran dengan harga yang “fixed” iaitu tidak akan terdapat sebarang penurunan dan peningkatan dari segi kos yuran.

BACA JUGA :   7 Fakta Menarik Tentang Indonesia

Bidang pengajian yang ditawarkan adalah Pra Perubatan, Perubatan dan Gerontologi (sosial works).

Privolzhsky Research Medical University

Sebelumnya dikenali sebagai Nizhny Novgorod Medical University yang terletak di bandar Nizhny Novgorod. Diasaskan pada tahun 1221 dan terletak kira-kira 400km di tumur laut Moscow. Moscow merupakan ibu negara bagi Rusia.

Universiti ini menjadi pilihan untuk menyambung pengajian adalah kerana ianya merupakan pusat pengangkutan yang sangat penting di Rusia. Daerah ini mempunyai sambungan kereta api dan udara dengan semua bandar penting di Rusia dan beberapa negara Komanwel yagn lain.

Akademi ini adalah sebahagian daripada fakulti Nizhny University pada tahun 1920, lalu diasingkan pada tahun 1930 dan menjadi Institusi Perubatan yang berdikari sendiri. Oleh kerana prestasi akademik yang luar biasa, institut itu kemudian mendapat status “State Academy” pada tahun 1994.

Bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang perubatan.

I.M. Sechenov First Moscow State Medical University

Merupakan antara universiti yang tertua dan terbesar di Rusia. Lokasinya adalah di Moscow dan universiti melalui pelbagai revolusi. Pembinaannya yang pertama adalah sebelum tahun 1990. Penubuhannya memainkan peranan utama dalam pembangunan perubatan sains dan sebagai latihan kakitangan perubatan dan juga saintifik.

BACA JUGA :   7 Perkara Menarik Tentang Rusia

Universiti ini menjalinkan kerjasama dengan beberapa negara melalui pusat penyelidikan dan juga latihan perubatan di luar negara. Universiti perubatan ini turut terlibat dalam kerja badan PBB, WHO dan juga UNESCO.

Bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang perubatan.

Bidang perubatan mengambil masa sehingga 6 tahun dalam tempoh pengajian. Universiti yang ditawarkan di Rusia juga sudah mendapat pengiktirafan dari WHO, KPT, MQA, JPA, dan MMC.

Berminat? Hubungi DAULAH EDUCONSULT dan jalani sesi konsultasi untuk mengetahui universiti apa yang sesuai dengan anda. Sesi konsultasi adalah percuma!

Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya.  Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here