Program Madrasah Daulah adalah sebuah program persediaan kepada pelajar sebelum melanjutkan pengajian ke Maahad Buuth dan seterusnya ke Universiti Al-Azhar dalam Ijazah Sarjana Muda. Jika anda menyertai Program Madrasah Daulah, sijil SPM dan STAM adalah tidak diperlukan.

Apakah Madrasah Daulah

Madrasah Daulah adalah sebuah program persediaan para pelajar sebelum melanjutkan pengajian ke Maahad Buuth. Syarat untuk menjadi sebagai pelajar Madrasah Daulah adalah perempuan atau lelaki, berumur 18 hingga 21 tahun dan mempunyai tekad yang tinggi untuk menuntut ilmu. Tambahan, hanya pelajar yang mampu mematuhi dan mengikuti arahan sahaja yang layak untuk menuntut di Madrasah Daulah.

Maahad Buuth

Maahad Buuth adalah sebuah “sekolah kebajikan”. Hal ini demikian kerana pelajar hanya perlu membayar buku dan kos sara hidup sahaja. Yuran pengajian dan tenaga pengajar dibayar sepenuhnya oleh Universiti Al-Azhar. Maahad Buuth adlaah Sekolah Menengah Antarabangsa ini berada di bawah kelolaan Institusi Al-Azhar.

BACA JUGA :   Madrasah Daulah Tawar Kemasukan Sesi Oktober & November 2020

Sistem yang diamalkan di Maahad Buuth adalah sistem  “lompat kelas”. Ini berlaku berdasarkan kepada penguasaaan pelajar itu sendiri. Jika pelajar menguasai dengan cepat, maka pelajar tersebut dibenarkan untuk lompat satu atau dua kelas mengikut tahap penguasaan ketika peperiksaan.

Keistimewaan Belajar Di Maahad Buuth

  • Pengajian yang seimbang iaitu ilmu agama dan ilmu moden
  • Bahasa utama adalah bahasa Arab
  • Dapat belajar dengan hampir 160 pelajar asing dari seluruh dunia.
  • Boleh belajar di peringkat antarabangsa dalam usia yang muda.

Berminat untuk melanjutkan pengajian ke Madrasah Daulah, Daftar segera bersama DAULAH EDUCONSULT.

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

BACA JUGA :   Ketahui Universiti Luar Negara Pilihan Pelajar Bagi Bidang Perubatan

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here