Rusia adalah sebuah negara yang memberikan pengalaman menarik kepada sesiapa sahaja yang berkunjung ke negara bekas Soviet Union ini. Negara ini juga memberi peluang kepada para pelajar di seluruh negara termasuk dari Malaysia untuk melanjutkan pengajian ke Rusia. Universiti yang ditawarkan juga bertaraf antarabangsa dan telah mendapat pengiktirafan dari WHO, KPT, MQA, JPA, dan MMC.

Pelajar lepasan SPM dan Matriks adalah digalakkan untuk melakukan permohonan ke universiti di Rusia dalam Ijazah Sarjana Muda. Pelajar yang melanjutkan pengajian ke luar negara khususnya lebih berdikari. Hal ini bukan bermakna pelajar yang melanjutkan pengajian di dalam negara tidak berdikari, namun tempat dan suasana yang asing menjadikan pengalaman tersebut sangat berharga.

DAULAH EDUCONSULT menawarkan bidang pengajian Pra-Perubatan, Perubatan, Gerontologi (social works), Perniagaan  dan Kejuruteraan Pesawat. Kesemua bidang ini adalah antara pilihan popular pelajar dari Malaysia untuk melanjutkan pengajian.

Ingin tahu universiti apa yang ditawarkan oleh DAULAH EDUCONSULT? Teruskan membaca bersama Deenamik untuk maklumat lanjut.

Universiti Yang Ditawarkan : 

Kursk State Medical University (KSMU)

Universiti ini antara yang terpopular dalam pilihan pelajar dari Malaysia untuk melanjutkan pengajian. Bukan sahaja yuran yang murah, universiti ini juga mengamalkan sistem “Lock Fee” . Hal ini bermaksud tidak akan berlaku peningkatan dan penurunan harga yuran walaupun nilai Ringgit mengalami kenaikan dan kejatuhan. KSMU juga antara universiti pertama yang menggunakan bahasa Inggeris dalam sistem pengajarannya.

BACA JUGA :   Pendaftaran ke Kursk State Medical University Masih Dibuka

Bidang Pengajian : Pra-Perubatan, Perubatan & Gerontologi (Social Works)

Privolzhsky Research Medical University

Universiti ini terletak kira-kira 200km dari bandar Moscow. Bandar Moscow adalah ibu negara bagi Rusia. Sebelumnya, universiti ini dikenali sebagai Nizhny Novgorod Medical Academy dan terletak berhampiran dengan sungai Oka dan Volga.

Bidang Pengajian : Perubatan

I.M. Sechenov First Moscow State Medical University

Awal penubuhan, dikenali dengan nama IM Sechenov First Moscow Institute Of Medicine sebelum tahun 1990. Seterusnya pada tahun 1990 hingga 2010, universiti perubatan ini menggunakan nama IM Sechenov Moscow Medical Academy. Bahasa yang digunakan ketika sesi pembelajaran adalah dalam bahasa Inggeris.

Bidang Pengajian : Perubatan 

Saint Petersburg University

Merupakan universiti pertama yang ditubuhkan di Rusia iaitu pada tahun 1724. Universiti ini dilengkapi dengan fasiliti dan kemudahan yang bertujuan untuk keselesaan pelajar. Antaranya ialah asrama, kemudahan beriadah dan sukan seperti gim, pusat sukan dan sebagainya. Terdapat juga perpustakaan dengan koleksi yang mencukupi untuk rujukan pelajar.

BACA JUGA :   Perubatan di Rusia, Mesir, Poland & Indonesia Sesi 2020

Bidang Pengajian : Perniagaan Antarabangsa

Moscow Aviation Institute

Berminat dalam bidang kejuruteraan pesawat? Tempoh pengajian adalah selama 4 tahun. Universiti ini adalah pusat penyelidikan yang diiktiraf dan dilengkapi dengan teknologi terkemuka dalam bidang aeroangkasa. Terdapat fasiltii dan kemudahan teknologi yang tercanggih disediakan untuk memudahkan urusan pembelajaran.

Bidang Pengajian : Kejuruteraan Pesawat

Berminat melanjutkan pengajian ke salah satu universiti di atas? Kemasukan seterusnya adalah pada bulan SEPTEMBER 2020.

Kenapa ramai pelajar memilih untuk melanjutkan pengajian ke Rusia? Negara ini sudah mampu untuk menerima kedatangan Islam seperti penyediaan makanan halal dan juga masjid sebagai tempat ibadah.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya.  Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Makluamat dan lain-lain

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here