Statistik jangkitan COVID-19 global telah merekodkan peningkatan dalam kes kematian akibat COVID-19 itu.
Lebih 828,240 kes baharu direkodkan di 186 buah negara dan wilayah sejak pandemik wabak ini muncul di China tahun lalu.
Sekurang-kurangnya 164,900 kes daripada keseluruhan kes dilaporkan pulih dari wabak itu.
Manakala dalam tempoh 24 jam lalu, lebih 4,396 kematian direkodkan dengan angka tertinggi yang dicatatkan di Sepanyol iaitu sebanyak 849 korban akibat COVID-19.
Di Itali merekodkan sebanyak 837 kematian dan sebanyak 612 kematian di Amerika Syarikat. Kes baharu turut meningkat kepada 70,404 kes.
Itali merupakan negara tertinggi yang merekodkan kematian setakat ini iaitu sebanyak 12,428 kematian.
Sepanyol berada ditempat kedua kematian tertinggi iaitu sebanyak 8,189, Perancis merekodkan sebanyak 3,523 kematian.
Amerika Syarikat pula mengesahkan kematian sebanyak 3,440 dan China juga merekodkan 48 kes baharu dalam tempoh 24 jam lalu dengan satu kematian.
Trinidad, Tobago, Myanmar, Tanzania, Mauritania, Ivory Coast dan Belarus telah merekodkan kematian pertama akibat COVID-19.
Manakala di Burundi, Sudan Selatan dan Sierra Leone melaporkan kes pertama untuk COVID-19.