Anda merupakan pelajar lepasan SPM/IGCSE/O-Level/Matriks/Asasi/STPM/STAM/A-level/IB/Diploma @ setaraf? Masih mencari maklumat dan info mengenai peluang sambung belajar di universiti awam di dalam negara? Namun dalam masa yang sama risau terpasksa bersaing dengan pelajar cemerlang yang lain?
Deenamik ingin cadangkan anda untuk melanjutkan pengajian ke luar negara bersama DAULAH EDUCONSULT. Mereka menawarkan perkhidmatan mengurus dan membantu para pelajar yang melanjutkan pengajian ke luar nagara dalam bidang yang diminati.
Antara negara yang ditawarkan adalah termasuklah Mesir, Rusia, Poland, Indonesia, Bangladesh, Turki dan banyak lagi. Bidang yang ditawarkan juga tidak kurang hebatnya. Antaranya seperti Perubatan, Pergigian, Farmasi, Gerontology, Veterinar, Pengajian Islam, Akaun, Teknologi Maklumat, Kejuruteraan, Pengurusan pernaigaan dan sebagainya.
Entri kali ini, Deenamik ingin memperkenalkan kepada pelajar yang masih bingung untuk membuat pilihan mengenai peluang untuk melanjutkan pengajian. Sudah pasti anda mahu belajar di universiti yang diiktiraf bukan?
Deenamik akan berkongsi beberapa universiti awam di Rusia yang sudah mendapat pengiktirafan dari WHO, MMC, MQA, MDA, KPT dan juga JPA.
Universiti Awam Di Rusia
✈️ Kursk State Medical University (KSMU)
Universiti ini terletak di bandar Kursk dan merupakan antara universiti yang menjadi pilihan popular pelajar perubatan yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. KSMU adalah satu-satunya universiti yang mengamalkan sistem “Lock Fee”. Hal ini bermaksud, yuran pengajian yang dikenakan adalah tetap walaupun berlaku kenaikan dan penurunan nilai mata wang Ringgit Malaysia. Pelajar yang terawal mendaftar akan diberikan buku teks dan lab coat secara percuma.
Bidang yang Ditawarkan : Pra Perubatan, Perubatan, Gerontologi (Social Works)
✈️Privolshky Research Medical University
Universiti perubatan ini diiktiraf oleh WHO dan juga menduduki tangga ke-7 daripada 46 institut perubatan yang terdapat di Rusia. Universiti ini terletak di Nizhny Novgorod, Rusia. Terdapat negara lain yang mengantar pelajar untuk belajar dan juga menjalani latihan di universiti ini. Terdapat lebih 7 fakulti dan antaranya ialah Fakulti Perubatan. Tempoh pengajian bagi bidang perubatan adalah selama 6 tahun.
Bidang Yang Ditawarkan : Perubatan
✈️Volgograd State Medical University
Dibina pada tahun 1935 dan seterusnya pada tahun 2000 universiti ini diberi kelulusan untuk mengajar pelajar asing dalam bahasa Inggeris. Universiti ini dilengkapi dengan fasiliti yang selesa digunakan untuk para pelajarnya. Universiti ini menyediakan fasiliti untuk kemudahan bersukan, sosial dan sebagainya. Terdapat teater, dewan yang boleh digunakan untuk kemudahan para pelajar untuk melakukan sebarang aktiviti.
Bidang Yang Ditawarkan : Perubatan
✈️Saint Petersburg University
Merupakan universiti pertama yang dibina di Rusia iaitu pada tahun 1724 oleh Tsar Peter The Great. Universiti ini mempunyai dua kampus iaitu di Pulau Vasilievsky dan juga di Peterhof. Terdapat lebih dari 24 fakulti disediakan dan antaranya adalah fakulti perniagaan.
Bidang Yang Ditawarkan : Perniagaan Antarabangsa.
✈️Moscow Aviation Institute
Ditubuhkan pada 20 Mac 1930 oleh perintah Majlis Ekonomi Tertinggi USSR yang bertujuan untuk memastikan latihan kakitangan yang berlekayakan dalam industri penerbangan. Universiti ini ditubuhkan selama hampit 86 tahun dan terletak betul-betul di tengah bandar Moscow.
Bidang Yang Ditawarkan : Kejuruteraan Pesawat
✈️I.M. Sechenov First Moscow State Medical University
Universiti ini terletak di Moscow dan dibina sebelum tahun 1990. Penubuhannya telah memainkan peranan yang utama dalam pembangunan perubatan Sains dan latihan kakitangan perubatan dan saintifik. Para pensyarah menjalankan sesi kuliah dalam bahasa Inggeris.
Bidang Yang Ditawarkan : Perubatan
Belajar di luar negara pengalamannya adalah sangat berbeza dengan belajar di dalam negara. Hal ini demikian kerana anda akan lebih berdikari dengan suasana belajar yang tidak sama seperti berbeza. Tambahan, budaya, komunikasi juga akan memberikan pengalaman dan rasa yang berbeza. Tidak mahukah anda merasai pengalaman ini semua? Melancong dengan belajar adalah dua perkara yang berbeza.
Berminat? Daftar segera bersama DAULAH EDUCONSULT. Kemasukan seterusnya adalah pada Jun dan September 2020.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
- Customer service 1 :0189624322
- Customer service 2 :0182429322
- Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)