Penurunan harga minyak dan juga nilai aset pelaburan sejak berlakunya wabak COVID-19 bakal memberi kesan buruk terhadap ekonomi Kuwait. Hal ini berlaku kerana nilai pelaburan yang menurun disebabkan oleh berlakunya COVID-19.

Wabak ini bukan sahaja mampu membunuh malah mampu melumpuhkan ekonomi sesebuah negara. Hal ini termasuk dengan negara Kuwait yang merupakan antara pengeluar minyak utama dunia. Permintaan yang semakin menurun dalam pasaran menyebabkan berlakunya inflasi terhadap negara tersebut.

Menurut Sheikh Sabah al-Ahmad al-Jaber Al Sabah, Kuwait bakal berdepan dengan cabaran yang tidak terjangka khususnya dari segi ekonomi akibat wabak COVID-19 ini. Hal ini demikian kerana penurunan harga dan permintaan minyak di pasaran dunia menyebakan Kuwait bakal berdepan dengan cabaran untuk mengekalkan ekonomi negaranya. Hal ini diburukkan lagi dengan penurunan nilai pelaburan dan aset yang memberi impak negatif kepada ekonomi negara tersebut.

BACA JUGA :   Belajar Tanpa Memerlukan Sijil SPM Atau STAM Menerusi Madrasah Daulah.

Namun, masih tidak dapat dipastikan adakah situasi ini bermaksud bahawa Kuwait menunda pembayaran iuran pemerintah. Atau ianya sekadar penyataan umum mengenai kemerosotan ekonomi negara akibat dari krisis kesihatan global.

Wabak COVID-19 ini bukan sahaja menyebabkan peratus kesihatan global menurun, namun turun menyebabkan beberapa negara mengalami kemerosotan ekonomi. Untuk memutuskan rantaian ini, seluruh rakyat dunia perlu bekerjasama dengan kerajaan masing-masing dan patuhi arahan yang sudah dikeluarkan.

Berminat melanjutkan pengajian ke luar negara dalam bidang yang diminati? Daftar bersama DAULAH EDUCONSULT.

Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya.  Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.

BACA JUGA :   Kelebihan Melanjutkan Pengajian di Negara Luar

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here