Harga minyak di pasaran dunia mengalami kenaikan sehingga tiga peratus melebihi negara yang mengumumkan akan melonggarkan langkah sekatan. Menurut Reuters, pelabur sudah mula mengambil kira bahawa keadaan akan bertambah baik melalui perkiraan harga minyak.

April lepas, permintaan minyak di seluruh dunia jatuh sehingga 30% disebabkan arahan duduk di rumah dan penggunaannya yang rendah. Melalui dagangan Amerika Syarikat, harga minyak Brent naik 76 sen kepada AS$27 setong. Harga minyak WTI pula naik 61 sen kepada AS$20 setong. Pembukaan lebih banyak negeri di Amerika Syarikat  dan negara Eropah serta pemotongan oleh ahli OPEC Plus yang berkuasa pada 1 Mei adalah antara faktor yang menyokong harga minyak.

BACA JUGA :   5 Universiti di Rusia yang Menawarkan Bidang Perubatan

Goldman Sachs yakin dengan peningkatan harga minyak tahun depan melalui pengeluaran yang rendah dan juga pemulihan separa dalam permintaan. Brent dijangka akan meningkat ke paras AS$55 setong. Namun harga tersebut dikekang dengan sentimen terdapat perang dagangan antara Amerika Syarikat dan China disebabkan isu COVID-19.

Donald Trump pada minggu lepas mengancam akan mengenakan tarif ke atas China susulan dakwaan negara itu yang merupakan punca wujudnya wabak COVID-19.

Sementara itu, pasaran minyak mentah Laut Utara menunjukkan isyarat pengukuhan yang sudah lama hilang. Ia membayangkan bahawa sebahagian perasaan pesimis yang mengheret turun harga hadapan minyak dan menghalang kenaikannya tidak mendapat justifikasi sewajarnya.

Sumber Reuters dan Bloomberg

DAFTAR BERSAMA DAULAH EDUCONSULT UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN KE LUAR NEGARA

Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya.  Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.

BACA JUGA :   Patut ke Pelajar Kuasai Bahasa Asing? Apa Kelebihannya?

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here