Jom belajar di Madrasah Daulah & Maahad Buuth Islamiyyah

0
644

Madrasah Daulah adalah sebuah program yang dibentuk khusus untuk membimbing dan mendidik para pelajar yang ingin menyambung pengajian ke Universiti Al-Azhar.  Peluang ini terbuka kepada pelajar yang tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Walaupun anda tidak mempunyai SPM dan STAM, anda sebenarnya masih boleh melanjutkan pengajian. Jangan risau, Daulah Educonsult akan membantu anda. Daulah Educonsult adalah sebuah badan yang membantu dan menguruskan para pelajar yang berimpian untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.

Tawaran ini terbuka kepada pelajar yang berumur antara 14 hingga 21 tahun, lelaki dan perempuan. Jika anda mengikuti program di Madrasah Daulah ini, anda berpeluang untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengajian Islam di Universiti Al-Azhar.

BACA JUGA :   Ketahui Kelebihan Sambung Belajar Di Peringkat Ijazah Sarjana Muda Bersama Daulah Educonsult

Sebelum itu, pelajar terlebih dahulu perlu menamatkan pengajian di Maahad Buuth iaitu Sekolah Menengah Islam Antarabangsa Al-Azhar, Mesir. Kemudian barulah boleh melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah. Maahad Buuth ini terletak di Kaherah dan merupakan sekolah kebajikan dimana pelajar hanya perlu membayar keperluan asas sahaja.

Yuran pengajian dan bayaran tenaga pengajar adalah diurus dan dibayar oleh pihak pengurusan Universiti Al-Azhar. Keperluan asas yang dimaksudkan ialah seperti buku, alatan menulis dan sebagainya.

Di Madrasah Daulah, para pelajar akan didedahkan dengan pengajian:

  • Tahfizul Quran
  • Tahsinul Quran
  • Talaqi Dalaman
  • Pengajian Bahasa Arab

Seterusnya pengajian akan disambung ke Maahad Buuth dan ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Al-Azhar dalam bidang pengajian Islam iaitu:

  • Usuluddin
  • Syariah
  • Bahasa Arab
BACA JUGA :   Universiti Di Rusia Tawarkan Pelbagai Bidang Bersama Daulah Educonsult

Tempoh pengajian adalah bergantung kepada penguasaan pelajar. Jika pelajar mendapat keputusan yang cemerlang pelajar akan terus ke Maahad Buuth. Manakala jika keputusan kurang cemerlang, pelajar akan dimasukkan Dirossah Khosah iaitu pra menengah.

Kemasukan adalah pada bulan Jun & September 2020. Pendaftaran boleh dibuat sekarang dengan Daulah Educonsult. Jika anda memerlukan khidmat nasihat, konsultan Daulah Educonsult akan membantu anda. Tiada sebarang cas tambahan dikenakan.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

JOM DAFTAR SEKARANG !

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here