Madrasah Daulah adalah sebuah program pengajian yang mendidik dan mengurus pelajar sebagai persediaan untuk ke Maahad Buuth. Madrasah Daulah ini terbuka kepada semua pelajar yang berumur antara 18 hingga 21 tahun tidak mengira lelaki mahupun perempuan.

Peluang untuk mengikuti program ini juga terbuka untuk mereka yang tidak mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Jika anda mengikuti program di Madrasah Daulah dan pengajian di Maahad Buuth ini, anda boleh melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar.

Kemasukan untuk ke program Madrasah Daulah dan pengajian di Maahad Buuth adalah pada bulan Julai 2020. Jika anda berminat, anda boleh membuat pendaftaran pada bila-bila masa sahaja dengan Daulah Educonsult.

Madrasah Daulah

Langkah pertama adalah anda perlu mengikuti program di Madrasah Daulah terlebih dahulu sebagai persediaan untuk anda meneruskan pengajian ke peringkat seterusnya. Di Madrasah Daulah ini, anda akan didedahkan dengan pengajian, iaitu:

  • Tahfizul Quran
  • Tahsinul Quran
  • Talaqqi Dalaman
  • Pengajian Bahasa Arab
  • Pengajian Umum
  • Talaqqi Kitab bersama Syeikh
  • Program Study Tour
BACA JUGA :   Ayuh Sambung Belajar Di Universiti Luar Negara Terpilih Bersama Daulah Educonsult

Maahad Buuth

Setelah selesai mengikuti program di Madrasah Daulah, para pelajar akan diteruskan pengajian di Maahad Buuth atau dikenali sebagai Sekolah Menengah Islam Antarabangsa Al-Azhar. Disini merupakan pengajian peringkat menengah.

Akan tetapi, jika para pelajar tidak memperolehi keputusan yang baik, para pelajar akan dimasukan ke Dirosah Khossoh iaitu peringkat pra-menengah. Jika para pelajar memperolehi keputusan yang baik, barulah mereka diteruskan pengajian di Maahad Buuth.

Maahad Buuth ialah sebuah sekolah kebajikan dimana para pelajar tidak perlu membayar yuran. Para pelajar hanya perlu membayar keperluan asas sahaja. Segala yuran pengajian dan bayaran tenaga pengajar ditanggung oleh pengurusan Universiti Al-Azhar. Menariknya !!

Kebiasaannya, pengajian memakan masa paling awal adalah selama 4 tahun dan paling lama ialah selama 6 tahun sebelum ke Universiti Al-Azhar.

BACA JUGA :   Ikuti Porgram Madrasah Daulah Tanpa Memerlukan Sebarang Sijil

Universiti Al-Azhar

Tamat program di Madrasah Daulah dan pengajian di Maahad Buuth, para pelajar ditawarkan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengajian Islam di Universiti Al-Azhar. Antara bidang yang ditawarkan ialah:

  • Usuluddin
  • Syariah
  • Bahasa Arab

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here