Mempunyai minat dan semangat yang mendalam dalam bidang agama khususnya Pengajian Islam. Namun terpaksa bersabar dek kerana faktor umur yang masih muda? Jangan risau kerana menuntut ilmu tidak memerlukan umur yang tertentu. DAULAH EDUCONSULT adalah pilihan terbaik bagi anda untuk mendapatkan nasihat berkenaan dengan minat anda tersebut.

Madrasah Daulah

Deenamik ingin memperkenalkan satu program yang dikendalikan oleh Daulah Educonsult iaitu Madrasah Daulah. Institusi ini berfungsi membimbing, mengurus dan persediaan pelajar yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. Menerusi Madrasah Daulah, pelajar akan melanjutkan pengajian ke Maahad Buuth dan seterusnya ke Universiti Al-Azhar dalam bidang Pengajian Islam. 

Program Madrasah Daulah ini mengalakkan penglibatan pelajar yang tidak mempunyai sijil akademik dan syarat kelayakan adalah pelajar yang berumur 14 tahun hingga 21 tahun sahaja tanpa mengira latar belakang pendidikan. Berbekalkan disiplin dan keinginan yang tinggi, anda sudah layak untuk melanjutkan pengajian di bumi Mesir. Usah risau jika anda tidak punya pengalaman melanjutkan pengajian di lur negara. Terdapat mudir dan pelajar senior yang akan ‘guide’ anda di sana.

BACA JUGA :   Peluang Sambung Belajar Ke Luar Negara Di Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim, Indonesia (September 2022)
Infigrafik Madrasah Daulah

Semasa di Madrasah Daulah, pelajar akan mengikuti Tahsinul Quran, Tahfizul Quran, Talaqqi Dalaman, Pengajian Bahasa Arab dan sebagainya. Kesemua ini perlu dipelajari oleh pelajar sebelum mengikuti ujina kemasukan ke Maahad Buuth.

Maahad Buuth

Maahad Buuth pula adalah sebuah Sekolah Menengah Antarabangsa yang dikelolakan oleh Dewan Senat, Universiti Al-Azhar. Sekolah ini bersifat sekolah kebajikan. Hal ini kerana pelajar hanya perlu membayar kos pendaftaran dan buku rujukan sahaja. Yuran dan kos guru ditanggung sepenuhnya oleh Bahagian Kebajikan Universiti Al-Azhar.

Tempoh Pengajian

Tempoh pengajian adalah 4 tahun dan paling lewat adalah 6 tahun. Pengajian di Madrasah Daulah dan Maahad Buuth adalah bergantung kepada penguasaan pelajar itu sendiri dalam peperiksaan. Anggaran masa untuk nama naik bagi menduduki ujian kelayakan ke Maahad Buuth adalah 1 hingga 2 tahun. Sepanjang tempoh tersebut, pelajar perlu mempersiapkan diri untuk menelaah bagi menduduki ujian kelayakan.

BACA JUGA :   Belajar Tanpa Sijil ke Maahad Buuth DI Madrasah Daulah
Pelajar Madrasah Daulah

Madrasah Daulah ini terletak di Kaherah Mesir. Jika anda berpeluang melanjutkan pengajian di bumi Mesir ini, pelbagai kelebihan yang bakal anda nikmati. Antaranya seperti fasih berbahasa Arab dan juga pengalaman berharga melanjutkan pengajian ke bumi Anbiya’.

Sebelum itu, jalani sesi konsultasi terlebih dahulu bersama DAULAH EDUCONSULT secara percuma. Inginkan maklumat lanjut mengenai bagaimana untuk mendaftar? Kemasukan seterusnya adalah pada bulan Julai 2020.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya.  Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here