Berimpian melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar namun tiada sijil SPM dan STAM? Jangan berputus asa dahulu. Tahukah anda DAULAH EDUCONSULT menawarkan program Madrasah Daulah. Program ini menawarkan kemasukan ke Universiti Al-Azhar dalam Ijazah Sarjana Muda tanpa sijil SPM dan STAM.

Adakah tawaran ini cukup menarik untuk anda?

Daulah Educonsult membuka peluang ini kepada pelajar yang mempunyai keinginan yang tinggi untuk menuntut ilmu. Pelajar umur seawal 14 tahun hingga 21 tahun adalah digalakkan untuk memohon.

Apa itu MADRASAH DAULAH ?

Madrasah Daulah adalah satu program yang membimbing dan membantu pelajar yang ingin meneruskan pengajian ke Universiti Al-Azhar tanpa sijil SPM dan STAM. Mereka akan dibantu untuk menuntut ilmu terlebih dahulu di Maahad Buuth Al-Azhar. Maahad Buuth Al-Azhar pula adalah Sekolah Menengah Islam Antarabangsa Al-Azhar, Mesir.

Pelajar perlu menamatkan pengajian di Maahad Buuth terlebih dahulu sebelum menyambung pengajian ke Universiti Al-Azhar dalam aliran Pengajian Islam. Lokasinya Maahad Buuth adalah terleak di Kaherah, Mesir.

BACA JUGA :   Sambung Belajar di Universiti Al-Azhar tanpa SPM & STAM

Maahad Buuth adalah sebuah sekolah kebajikan. Hal ini bermakna pelajar hanya perlu membayar keperluan asas seperti buku dan sebagainya. Yuran pengajian dan bayaran tenaga pengajar adalah diuruskan dan dibayar oleh pihak pengurusan Universiti Al-Azhar.

Pelajar lelaki atau perempuan yang berminat melanjutkan pengajian ke Program Madrasah Daulah adalah digalakkan untuk mendaftar tanpa mengira latar belakang pendidikan.

Semasa di Madrasah Daulah, pelajar akan belajar :

  • Tahsinul Quran
  • Tahfizul Quran
  • Talaqi Dalaman
  • Pengajian Bahasa Arab

Selepas tamat pengajian di Maahad Buuth, pelajar akan menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam.

  • Usuluddin
  • Syariah
  • Bahasa Arab
Pelajar Madrasah Daulah beriadah bermain futsal

Tempoh masa pengajian adalah bergantung kepada tahap penguasaan pelajar. Maahad Buuth mengamalkan sistem “lompat kelas” . Pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang akan terus ke Maahad Buuth manakala yang kurang cemerlang akan ke Dirossah Khossah iaitu pra menengah. Kebiasaannya adalah 4 tahun dan paling lewat adalah 6 tahun sebelum diterima amsuk ke universiti Al-Azhar.

BACA JUGA :   Papan induk terbaik kelas X570

Peluang ini hanya dibuka kepada pelajar yang berumur dari 14 tahun hingga 21 tahun sahaja. Kemasukan seterusnya adalah pada bulan Jun dan September 2020.

Berminat? Jangan tunggu lagi, lakukan pendaftaran dengan segera!

Jalani sesi kaunseling secara percuma di pejabat mereka yang terletak di Dataran Pandan Prima 2. Alamat pejabat: No1-19 Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima , Kuala Lumpur.

Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya.  Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Customer service 1 :0189624322

Customer service 2 :0182429322

Konsultan Utama    : 0132090322 (Tuan Syed)

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here