Anda berminat untuk mengikui pengajian di Mesir dan seterusnya mengambil ijazah dalam bidang pengajian Islam di Universiti Al-Azhar Mesir tanpa SPM & STAM? Daulah Educonsult akan bantu anda !

Kemasukan ke Madrasah Daulah & Maahad Buuth ini adalah pada Julai 2020, anda boleh membuat pendaftaran pada bila-bila masa sahaja bermula sekarang.

Dengan mengikuti program di Madrasah Daulah dan mengikuti pengajian di Maahad Buuth, anda boleh melanjutkan pengajian hingga ke peringkat ijazah di universiti terkemuka. Peluang ini ditawarkan kepada anda yang berumur 14 hingga 21 tahun, lelaki dan perempuan.

Madrasah Daulah adalah sebuah program persediaan buat para pelajar untuk ke Maahad Buuth. Di Madrasah Daulah ini, para pelajar akan didedahkan dengan :-

  • Tahsinul Qur’an
  • Tahfizul Qur’an
  • Talaqqi Dalaman
  • Talaqqi Kitab dengan Syeikh
  • Pengajian Bahasa Arab
  • Pengajian Umum
  • Program Study Tour
BACA JUGA :   Bawang Putih Membantu Anda

Para pelajar akan diperkenalkan konsep ‘lompat kelas’ iaitu sekiranya ujian kemasukan lulus dan memperolehi keputusan yang baik, pelajar akan diteruskan pengajian ke Maahad Buuth. Ianya dikenali sebagai Sekolah Menengah Islam Antarabangsa Al-Azhar.

Maahad Buuth ini adalah sekolah kebajikan dan segala yuran pengajian serta bayaran tenaga pengajar ditampung oleh pihak pengurusan Universiti Al-Azhar. Para pelajar hanya perlu membayar keperluan asas sahaja.

Tetapi jika keputusan pelajar kurang memuaskan, pelajar akan mengikuti pengajian pra-menengah di Dirosah Khossoh dahulu. Setelah selesai pengajian di sini, barulah para pelajar boleh melanjutkan pengajian di peringkat ijazah dalam bidang pengajian Islam di Universiti Al-Azhar.

Jika anda memerlukan khidmat nasihat, konsultan Daulah Educonsult akan membantu anda ! Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here