Sumber: Google

Aplikasi Gerak Malaysia yang dicipta khas untuk rakyat Malaysia yang ingin memohon untuk merentas negeri telah dimuat turun sebanyak 1.3 juta kali. Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan lebih 600,000 permohonan perjalanan untuk merentas negeri diterima sejak Selasa 4 Mei jam 12 tengah malam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman iaitu Datuk Huzir Mohamed menasihati orang ramai agar log masuk ke aplikasi itu pada 4, 5 dan 6 Mei untuk mengemaskini alamat asal dan alamat destinasi yang ingin dituju.

Beliau meminta kerjasamaa daripada semua yang memohon untuk mengemaskini secepat yang mungkin. Ia adalah bagi membolehkan pihak polis membuat perancangan dan mengatur tugasan untuk memudahkan perjalanan mereka antara 7 hingga 10 Mei ini.

BACA JUGA :   Antara Hotel Terbaik Di Sekitar Universiti Al-Azhar

Langkah ini dibenarkan oleh kerajaan untuk mereka yang terkandas di kampung pulang ke tempat masing-masing antara negeri dan dimohon menerusi aplikasi Gerak Malaysia itu. Pengguna IOS diminta untuk mendaftar permohonan bermula 7 Mei sebelum memulakan perjalanan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Jika anda tidak boleh memuat turun aplikasi itu, anda juga boleh memohon secara manual. Pemohon diminta untuk memuat turun borang ‘Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari laman rasmi Facebook PDRM atau dapatkan di balai polis berhampiran. Borang tersebut diisi mestilah melalui temu janji bagi mendapatkan kebenaran ketua balai polis berkenaan.

Sebarang maklumat lanjut mengenai aplikasi dan permohonan perjalanan antara negeri, orang ramai boleh melayari www.gerakmalaysia.gov.my

BACA JUGA :   Lanjutkan Pengajian Ke Universiti Di Indonesia Bagi Sesi 2021 Bersama Daulah Educonsult!

Jom sambung Ijazah di universiti luar negara dengan Daulah Educonsult !

https://images2.imgbox.com/a1/2c/GJJgiuNv_o.jpg

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here