Mary Catherine Ford yang berasal dari Queens, New York, Amerika Syarikat berkongsi sedikit pengalamannya menjalani aktiviti sebagai seorang Muslim mualaf sepanjang bulan Ramadan ini. Perkongsian beliau dimuat naik di Washington Post.

Ayuh teruskan membaca !

Sepanjang berlakunya Pandemik COVID-19, kebanyakan masjid dan tempat beribadah ditutup buat sementara waktu. Hal ini termasuklah dengan Masjidil Haram dan juga Masjid Nabawi yang masing-masing terletak di Mekah dan Madinah. Ianya dilakukan adalah bagi memutuskan rantaian wabak pembunuh COVID-19.

Bandar Quuens, New york

Terdapat lebih 2 bilion Muslim yang terpaksa menyambut kedatangan Ramadan dan Aidilfitri yang bakal tiba dengan norma yang baru. Di Queens, New York, Mary yang menjalani Ramadan buat kali pertama dalam hidupnya menyifatkan sambutan kali ini amat berbeza dengan sebelumya. Di bulan yang mulia ini, Mary berpuasa, solat dan juga menyambut kedatangan bulan penuh barokah ini bersama saudara barunya.

Sepanjang tempoh 20 tahun, Mary hidup bersama suami dan anak-anaknya yang beragama Islam sedangkan dirinya masih mengekalkan agama asal iaitu Katolik. Namun mereka hidup dalam harmoni. Baginya, sepanjang bulan Ramadan sebelum dia memeluk Islam, bulan Ramadan adalah bulan yang paling sunyi buat dirinya.

BACA JUGA :   Pendekatan Saring COVID-19 Dalam Kalangan Ahli Keluarga oleh KKM
Bandar Queens semasa dilanda COVID-19

Bagi Ramadan kali ini, Mary merasa serba salah apabila ramai yang menghadapi kehilangan akibat COVID-19 sedangkan dia merasa bahagia dengan agama barunya.  Bulan Mac lepas, hampir setiap malam, kawasan di sekitar Queens akan senyap sunyi dan gelap tanpa kehadiran manusia.

Sementara keluarganya, mencuba untuk mengekalkan kehidupan yang normal didalam rumah mereka. Semenjak dia memeluk Islam, kehidupannya sudah ada jadual baru. Mary harus solat 5 waktu sehari. Kadangkala, dia bersama suami dan anak-anaknya akan solat secara berjemaah di ruang tamu. Menurutnya, setiap kali bersujud, segala beban dan kerungsingan seakan hilang.

Perjalanan Islam Mary adalah tidak sama dengan mualaf yang lain. Hal ini demikian kerana selama bertahun, dia berkahwin dan membesarkan anak-anaknya dalam Islam sedangkan dirinya berlainan agama. Mary terbuka hati menerima Islam selepas mengikuti suaminya pulang ke Afrika Utara pada musim panas yang lalu. Baginya laungan azan adalah perkara biasa. Namun, laungan azan Subuh pada suatu pagi itu tidak seperti biasa. Dia merasakan setiap kali Azan dilaungkan, ianya memberikan erti makna yang mendalam.

Kali ini, musim luruh di Queens menyaksikan ramai yang takut untuk keluar rumah. Flora di luar rumah kembang dengan mekarnya tanpa sebarang pencemaran. Setiap petang, dia dan suaminya akan bersiar di sekitar rumah menyaksikan keindahan alam tanpa pencemaran di jalan yang semakin sunyi.

BACA JUGA :   Langkah Kuarantin Kes Positif COVID-19 Di Rumah.

Ramadan kali ini, Mary menanam sebuah pokok. Imannya terhadap Islam seakan-akan sama dengan pokok benih tersebut. Selepas waktu berbuka, mereka akan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah. Seterusnya, mereka juga akan menunaikan solat sunat Teraweh dan solat sunat Witir di rumah mereka.

Sumber dari Washington post :

https://www.washingtonpost.com/opinions/2020/04/30/my-first-ramadan-muslim-i-am-filling-my-home-with-new-life/?arc404=true

BERMINAT MELANJUTKAN PENGAJIAN KE LUAR NEGARA? DAFTAR SEGERA BERSAMA DAULAH EDUCONSULT

Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya.  Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

 

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here