Kerajaan telah mengumumkan bahawa tahun ini tidak akan terdapat bazar Ramadan dibenarkan untuk beroperasi. Hal ini disebabkan untuk mengelakkan masyarakat berhimpunan dan menyebabkan COVID-19 mudah tersebar. Namun, terdapat beberapa hidangan yang hanya boleh didapati di bazar Ramadan sahaja!.
Disebabkan sambutan Ramadan dan Aildilfitri pada tahun ini agak berbeza dengan tahun lepas, Deenamik ingin mengimbau beberapa hidangan yang hanya boleh didapati di bazar Ramadan.
Kuih Tepung Pelita
Kuih pelita antara yang menjadi rebutan di bazar Ramadan. Rasanya yang manis dan cair di mulut mampu membuatkan anda makan lebih dari sebiji!. Jika lambat berkunjung ke bazar, memang tak dapatlah nak merasa. Di alas dengan daun pandan yang menambahkan aroma wangi itu sendiri.
Murtabak
Murtabak bukanlah satu perkara asing ketika di bazar Ramadan. Murtabak ini mempunyai pilihan isi dari ayam dan daging. Kuah pencicah pula mengikut kesukaan selera masing-masing. Ada yang menggemari kuah kari , namun ada juga yang sukakan cuka bawang. Namun, untuk mendapatkan murtabak ini, anda kebiasaannya perlu beratur dan datang awal. ?
Popia Basah
Rasanya yang enak ditemani dengan inti yang penuh dan disiram dengan sos pedas manis mampu membuatkan anda bahagia ketika menikmatinya. Ditambah dengan taburan kacang tanah, menambahkan selera anda!
Ayam Percik
Rahsia kesedapan ayam percik adalah pada perapan dan juga kuahnya. Ayam percik ini mempunyai cara penyediaan yang berbeza. Ada yang gemar dibakar, panggang dan juga goreng sahaja. Setiap cara ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.
Namun kesemua hidangan ini hanya boleh didapati di bazar Ramadan sahaja. Namun jangan risau dan bimbang, anda boleh sahaja buat pesanan secara online di aplikasi Safer Food. Terdapat banyak rangkaian kedai makanan dan perniagaan yang diusahakan oleh peniaga kecil yang boleh anda dapati disana.
Nantikan kemunculan Safer Food Merchant!
Tonton video di bawah untuk lebih memahami :
Para peniaga yang berminat untuk mengembangkan perniagaan anda secara atas talian, boleh klik pautan di bawah untuk mendaftarkan perniagaan anda bersama SAFER. Klik RESTAURANT untuk daftarkan perniagaan anda.
Jangan lupa untuk ikuti platform media sosial SAFER untuk dapatkan info terkini dari mereka.
- WEBSITE : https://www.safer.my/
- FACEBOOK : https://www.facebook.com/saferasia/
- INSTAGRAM : https://www.instagram.com/safer.my/
- TWITTER : https://twitter.com/SAFERofficial
- YOUTUBE : https://www.youtube.com/channel/UCYIJhI_1-dfnz-cv_kv84Fw
[…] Image credit @ deenamik […]