Satu amaran yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan bahawa wabak COVID-19 tidak akan terhapus atau hilang. Justeru itu, penduduk seluruh dunia perlu menerima hakikat dan belajar untuk hidup dengannya.
Ketika ini, beberapa buah negara telah melonggarkan peraturan atau sekatan perintah berkurung yang dikuatkuasakan oleh kerajaan masing-masing. Ia adalah bertujuan untuk memutuskan rantaian COVID-19 ini. Tetapi menurut WHO, virus itu tidak akan dapat dihapuskan sepenuhnya.
COVID-19 yang dikesan di Wuhan, China pada akhir tahun lalu dan tersebar serta menyebabkan lebih 4.2 juta orang di seluruh dunia dijangkiti. Virus itu juga telah membunuh sekitar 300,000 nyawa di seluruh dunia.
Menurut Pengarah Kecemasan WHO, Michael Ryan berkata virus itu telah menyerang populasi manusia dan sukar untuk diramalkan bila dapat diatasinya. Selain itu, beliau berkata lagi, virus yang mungkin menjadi virus endemik dalam kalangan penduduk dunia ketika ini.
Bahkan ianya tidak akan pernah hilang sama seperti jangkitan HIV. Lebih separuh daripada penduduk dunia diperintahkan untuk berkurung sejak wabak ini melanda 6 bulan lalu.
WHO memberi amaran kepada semua bahawa tiada sebarang jaminan untuk negara yang telah melonggarkan perintah berkurung untuk tidak menerima jangkitan atau gelombang kedua COVID-19.
Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus mencadangkan agar setiap negara sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan berwaspada.
Sumber: Berita Harian
Masih mencari universiti untuk sambung belajar tahun hadapan? Jom daftar dengan Daulah Educonsult !
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
- Customer service 1 :0189624322
- Customer service 2 :0182429322
- Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)