Negara Eropah telah bersedia untuk dibuka kembali kepada pelancong mulai Julai ini. Pembukaan ini bermakna Eropah bakal membenarkan orang ramai untuk datang melancong. Hal ini sekaligus akan merancakkan semula ekonomi setelah hampir 3 bulan disekat.

Cadangan awal pembukaan pintu sempadan ini adalah pada 15 Jun. Namun melihat kepada bebeapa negara yang masih belum bersedia untuk membuka kembali negara mereka kepada orang awam, maka Eropah menunda untuk pembukaan negaranya.

Setakat hari ini, Jerman, Sepanyol, Perancis dan Itali mencatatkan ratusan ke COVID-19 setiap hari. Kes di Britain pula mencecah ribuan kes sehari.

Setakat ini, negara Malaysia masih lagi belum membuka peluang kepada negara luar untuk memasuki Malaysia. Namun, kerajaan Malaysia telah melaksanakan PKPP menggantikan PKPB yang dilanjutkan hingga 31 Ogos 2020. Negara Malaysia kini dalam fasa pemulihan. Rakyat Malaysia bertanggungjawab untuk bersama-sama mencegah penularan wabak ini daripada terus merebak.

BACA JUGA :   Jom Sambung Belajar di Universiti Al-Azhar!

Perjalanan rentas negeri di Malaysia juga sudah dibenarkan bermula hari ini iaitu 10 Jun 2020. Sektor pelancongan juga sudah mula dibuka kepada orang ramai dan perlu mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan. Mereka yang ingkar akan dikenakan tindakan keras.

Sehari selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan rentasan negeri dibolehkan, hampir beberapa hotel di Malaysia menerima tempahan secara mendadak. Tambahan, tempat tarikan pelancong di dalam negara juga dijangka bakal sesak dengan orang ramai.

Walau dimana sahaja anda berada, sentiasa jaga kebersihan dan amalkan penjarakkan sosial. Sentiasa pakai pelitup muka dan elakkan berhimpun secara beramai di tempat awam.

Berminat melanjutkan pengajian ke universiti pilihan anda di luar negara? DAULAH EDUCONSULT sedia membantu anda. Mereka menawarkan beberapa universiti yang diiktiraf di negara Rusia, Poland, Indonesia, Bangladesh, Mesir, Turki, Jordan dan sebagainya.

BACA JUGA :   Pasca COVID-19 dan Industri Pelancongan

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here