Siapa yang tidak mahu melanjutkan pengajian ke Mesir? Jika diberi peluang, pasti semua pelajar yang berhasrat melanjutkan pengajian dalam bidang Pengajian Islam ingin melanjutkan pengajian di bumi anbiya’ ini. Namun anda masih risau kerana tidak mempunyai sijil SPM atau STAM? Jangan risau, di Madrasah Daulah, mereka tidak peduli dengan latar belakang pendidikan anda. Yang penting, anda mempunyai keinginan dan semangat untuk melanjutkan pengajian.

Madrasah Daulah adalah satu pertubuhan yang mempersiapkan pelajar untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Pengajian Islam di Universiti Al-Azhar. Universiti Al-Azhar adalah antara universiti yang tertua di Mesir. Ramai cendekiawan yang lahir dari universiti terulung ini.

Di Madrasah Daulah, pelajar akan dibantu untuk mempersiapkan diri untuk melayakkan diri ke Maahad Buuth. Maahad Buuth pula adalah sebuah sekolah menengah antarabangsa yang berada di bawah kelolaan Institusi Al-Azhar.

BACA JUGA :   Belajar Di Universiti Cairo, Mersir

Untuk memasuki Maahad Buuth, pelajar perlu menjalani satu peperiksaan yang melayakkan mereka untuk memasuki pusta pengajian tersebut. Di Maahad Buuth, sistem pendidikan di sana mengamalkan sistem “lompat kelas” . Tidak perlu hairan sekiranya terdapat pelajar yang berbeza umur di dalam satu kelas yang sama. Hal ini kerana ianya ditentukan oleh penguasaan pelajar itu dalam peperiksaan.

Selepas tamat pengajian di Maahad Buuth yang kebiasaannya mengambil masa selama 4 hingga 6 tahun, pelajar seterusnya akan melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar dalam bidang Pengajian Islam.

Terdapat pelbagai kelebihan melanjutkan pengajian ke Madrasah Daulah. Antaranya :

  1. Umur seawal 14 tahun hingga 21 tahun boleh melanjutkan pengajian di Madrasah Daulah
  2. Tidak memerlukan sijil SPM atau STAM
  3. Jalan mudah untuk ke Universiti Al-Azhar
  4. Mampu bertutur dalam bahasa Arab dengan fasih
BACA JUGA :   Kursus Bahasa Arab Menjadi Pilihan Ramai

DAULAH EDUCONSULT membuka peluang kepada pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke Madrasah Daulah bagi kemasukan bulan Julai, Ogos dan juga September. Kemasukan adalah terhad kepada 10 orang sahaja.

Daftar segera sebelum kuota yang dibuka penuh!. Jalani sesi konsultasi secara percuma bersama konsultan Daulah Educonsult.

Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya.  Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Customer service 1 :0189624322

Customer service 2 :0182429322

Konsultan Utama    : 0132090322 (Tuan Syed)

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here