Kerajaan Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula dari 10 Jun 2020 hingga 31 Ogos 2020. Hal ini dilakukan bagi menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Malaysia kini dalam fasa pemulihan dalam serangan wabak pembunuh COVID-19.

Menurut Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, PKPP memberi banyak kelonggaran kepada rakyat Malaysia. Antara kelonggaran yang diberikan adalah untuk menjalani aktiviti seharian dengan mengikuti SOP yang dibenarkan secara berterusan.

Antara intipati dalam PKPP ini, perjalanan rentas negeri dibenarkan pada 10 Jun 2020. Namun kawasan yang masih diisytiharkan sebagai kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan masih tidak dibenarkan.

“Jadi, bagi mereka yang ingin menziarahi ibu bapa tinggal berjauhan di negeri lain bolehlah berbuat demikian,” katanya ketika berucap dalam Perutusan Khas yang disiarkan secara langsung di televisyen dan media sosial.

BACA JUGA :   Serangan Peluru Terhadap Mekkah Adalah Ancaman Keamanan Dunia

Tan Sri Muhyiddin turut menasihi agar rakyat Malaysia sentiasa menjaga kebersihan. Sentiasa memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam dan elakkan berkunjung ke tempat yang sesak dengan orang ramai.

“Ingat, jika ibu bapa anda adalah warga emas, mereka berada dalam kategori orang yang mudah terdedah kepada jangkitan.

“Jadi, walaupun kita seronok dapat menziarahi mereka, tanggungjawab utama kita ialah untuk melindungi mereka daripada terkena jangkitan,” katanya.

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here