Ratusan penunjuk perasaan berarak bagi membantah insiden kematian seorang lelaki kulit hitam iaitu George Floyd yang ditahan polis di Minneapolis. Mereka melakukan perarakan di luar Rumah Putih dan ketegangan itu turut merebak ke beberapa bandar lain di seluruh negara.

Terdapat tunjuk perasaan yang dijalankan secara aman di Twin Cities namun ada juga yang berlaku di beberapa negara yang berubah menjadi ganas dan tidak terkawal. Dianggarkan sekitar 30 bandar di Amerika Syarikat berdepan dengan ratusan penunjuk perasaan.

Presiden Donald Trump dikhabarkan beada di dalam Rumah Putih ketika kejadian berlaku. Puluhan ejen “Secret Service” bersiap sedia melakukan kawalan rapi yang ketat. Namun, sebahagian besar pertempuran ganas yang berlaku di luar Rumah Putih berjaya dihindari. Mereka kemudiannya memasuki jalan Washington menuju ke ibu kota Amerika Syarikat.

George Floyd, 46 tahun, meninggal dunia selepas anggota polis berkulit putih menekan lututnya di leher lelaki Afrika-Amerika selama beberapa minit. Floyd ketika itu tidak bersenjata dan digari. Rakaman video menyaksikan Floyd ditahan secara ganas dan kematiannya menajdi tular di media sosial.

BACA JUGA :   Kemasukan sesi 2020 di Kursk State Medical University Rusia

Umum mengetahui, isu ketidaksefahaman antara orang kulit putih dan orang kulit hitam telah lama berlaku di Amerika Syarikat. Kejadian ini secara tidak langsung mengembalikan luka mendalam terhadap rakyat di negara tersebut.

Anngota polis yang terlibat, Derek Chauvin, 44 tahun, dan tiga yang lain telah dipecat dari perkhidmatan polis. Dia ditahan atas tuduhan membunuh “kelas ketiga” atas tindakannya meletakkan lutut ke leher mangsa sehingga menyebabkan mangsa mengalami kesesakan pernafasan.

sumber Buletin TV3

Namun, ada segelintir rakyat Amerika Syarikat yang berpendapat, hukuman tersebut tidak cukup berat untuk dijatuhkan kepada Chauvin. Hal ini kerana tuduhan itu bermaksud Chauvin melakukan tindakan tersebut yang menyebabkan kematian tanpa sengaja.

Mereka juga mendesak agar tiga lagi anggota polis yang lain turut dihadapkan ke mahkamah. Donald Trump terkenal dengan sifat rasis telah mengemaskini akaun twitternya. Posting tersebut menampakkan Trump berat sebelah.

Letusan gelombang kemarahan atas layan buruk pihak polis terhadap golongan Afrika-Amerika adalah antara yang terburuk di Amerika Syarikat dalam tempoh berdekad-dekad.

BACA JUGA :   Keindahan Tasik Baikal

Kenderaan polis dan juga harta benda awam dibakar dan dirosakkan oleh perusuh berserta dengan laungan mereka selama berjam-jam di luar Rumah Putih. Gabenor Tim Walz telah menggerakkan keseluruhan 13,000 anggota Pengawal Kebangsaan Minnesota. Langkah ini tidak pernah diambil lagi sejak Perang Dunia Kedua.

Bantahan dijangka akan berterusan walaupun pegawai polis yang terbabit insiden kematian Floyd dipecat, selain ditahan dengan tuduhan pembunuhan tanpa sengaja.

Berminat melanjutkan pengajian ke universiti di luar negara? DAULAH EDUCONSULT akan membantu anda.

Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya.  Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here