Rakyat Malaysia pasti mengenali pasangan suami isteri iaitu Sugu Pavitra yang terkenal dengan skil memasak dan juga mampu berkomunikasi dalam bahasa Melayu dengan fasih. Mereka mula dikenali ramai melalui rancangan memasak mereka di saluran Youtube Sugu Pavitra.

Pasangan suami isteri yang berketurunan India ini turut mendapat perhatian dari Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyumbangkan peralatan memasak dan juga tripod bagi kemudahan mereka merekod video masakan.

Mereka menampilkan menu masakan India yang mudah. Kepetahan berbahasa Melayu seterusnya memudahkan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa mampu memahami kandungan video yang mereka sampaikan. Tambahan, terdapat pasangan Jepun yang mengikuti mereka di saluran Youtube dan mencuba sendiri untuk memasak hidangan tersebut.

BACA JUGA :   Malaysia Jadi Juara Pertandingan Piala Pastri Dunia 2019

Busana Dari Pereka Tempatan Terkenal 

Baru-baru ini tular di media sosial foto Pavitra yang sedang melakukan sesi penggambaran bagi menghiasi muka depan sebuah majalah iaitu Pepatung. Pavitra turun anggun mengenakan busana dari pereka fesyen tempatan iaitu Dato’ Bernard Chandra, Dato’ Rizalman dan juga Wanpa.

Make Up pula adalah sentuhan dari Razzi Musa manakala penggayaan adalah dari Zulherizal Studio. Sesi penggambaran berkenaan dijalankan di rumah mereka di Sungai Siput, Perak.

Majalah Pepatung memilih S Pavitra sebagai penghias muka depan majalah mereka kerana mereka menyifatkan Pavitra adalah simbolik perpaduan rakyat Malaysia.

Semoga dengan perkongsian ini mampu membuka mata rakyat Malaysia bahawa kita hidup dalam situasi berkongsi bersama. Kita adalah Malaysia.

BACA JUGA :   JOM KONSULTASI & DAFTAR BERSAMA DAULAH EDUCONSULT

Berminat melanjutkan pengajian ke universiti yang diiktiraf di luar negara? Daftar segera bersama Daulah Educonsult.

Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya.  Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here