Indonesia adalah sebuah negara yang bukan sahaja terkenal dengan sektor pelancongan, malahan sektor pendidikan. Industri pendidikan di negara Indonesia maju seiring dengan negara membangun yang lain. Daulah Educonsult membuka kembali tawaran sambung belajar kepada pelajar yang berminat melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di universiti di Indonesia.

Bidang perubatan yang ditawarkan di Indonesia juga tidak kurang hebatnya. Ramai pelajar dari Malaysia yang memilih untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan kerana kosnya yang lebih murah dan jarak perjalanan yang dekat berbanding dengan negara lain.

Peluang ini terbuka kepada pelajar lepasan SPM/IGCSE/O-Level/Matriks/Asasi/STPM/A-level/IB/Diploma @ setaraf. Universiti yang ditawarkan juga telah mendapat pengiktirafan dari WHO, KPT, MQA, JPA, MMC, MDC, dan MVA.

Universitas Sumatera Utara – USU

Universiti yang terletak di Medan, Utara Sumatera, Indonesia ini menawarkan bidang pengajian Perubatan terbaik di Indonesia. USU dibina pada tahun 1952 atas keprihatinan Gabenor Sumatera Utara ketika itu. Fakulti perubatan USU dibina pada tahun 20 Ogos 1952.

BACA JUGA :   TIPS KESELAMATAN KETIKA MEMANDU KENDERAAN KETIKA MUSIM HUJAN

Universitas Airlangga – UNAIR

Unair dibina pada tahun 1847 atas perintah Pemerintah Kolonial Belanda untuk mendidik pemuda-pemuda Jawa yang berbakat untuk menjadi pakar perubatan. Nama Airlangga itu sendiri adalah dari raja yang memerintah tanah Jawa Timur ketika itu iaitu Rakar Galu Sri Lokeswara Dharmawangsa Airlanggar Anantawikramattungadewa atau lebih dikenali dengan Prabu Airlangga. Kampus utama terletak di Surabaya.

Kemasukan seterusnya adalah pada September 2020. Lakukan pendaftaran segera bersama Daulah Educonsult sebelum kuota yang ditawarkan penuh.

Terdapat banyak kelebihan sebenarnya melanjutkan pengajian ke Indonesia. Antaranya ialah jarak perjalanan yang singkat, makanan halal yang mudah didapati dan juga negara Indonesia adalah iklim khatulistiwa. Budaya yang mempunyai persamaan menyebabkan ramai pelajar Malaysia yang memilih untuk melanjutkan pengajian ke universiti ini.

BACA JUGA :   Terbang Jauh Untuk Belajar ke Negara Bersuhu Sejuk bersama Daulah Educonsult

Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya.  Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here