Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo mempertahankan pendiriannya untuk mengharamkan perkhidmatan rangkaian sosial popular aplikasi TikTok. Hubungan panas antara dua negara ini memasuki fasa baru apabila aplikasi yang dimiliki oleh startup ByteDance.

Menurut Pompeo, pengharaman TikTok tiada kaitan dengan mana-mana urusan perniagaan atau syarikat. Beliau ingin meletakkannya dalam konteks yang lebih meluas.

“Kami terlibat dengan penilaian dalam memastikan kami melindungi privasi warga Amerika Syarikat dan maklumat. Ia tiada kaitan dengan mana-mana perniagaan atau syarikat, tetapi keselamatan nasional Amerika”.

Pompeo membuat kenyataan ini selepas berlaku ketegangan antara kedua-dua negara itu semakin meningkat dan merebak termasuk ke arena keselamatan nasional, perdagangan dan juga teknologi.

BACA JUGA :   Kepelbagaian Di Pasar Khan El-Khalili
Mike Pompeo

Namun, Syarikat aplikasi tersebut masih belum memberi sebarang komen berhubung isu tersebut. Populariti TikTok melonjak di Amerika Sayrikat dan juga negara barat- yang lain yang seterusnya menjadikan platform media sosial China memiliki daya tarikan di negara tersebut.

Hanya di Amerika Syarikat, pengguna aktif aplikasi TikTok ini adalah 65 juta bagi setiap bulan!

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here