Indonesia adalah salah satu negara pilihan pelajar khususnya dari Malaysia untuk melanjutkan pengajian ke perigkat Ijazah Sarjana Muda. Terdapat pelbagai sebab dan alasan mengapa mereka memilih Indonesia sebagai negara untuk menyambung pengajian. Antaranya adalah kerana jarak perjalanan yang singkat dan cuaca yang lebih kurang sama dengan Malaysia.

Tambahan, agama rasmi di Indonesia adalah agama Islam. Hal ini sekaligus memudahkan pelajar Muslim untuk mendapatkan makanan halal dengan harga yang murah dan berbaloi. Disebabkan Indonesia dan Malaysia adalah dai rumpun Melayu yang sama, oleh itu, kebudayaan dan jurang komunikasi boleh diatasi dengan mudah.
Ingin tahu universiti di Indonesia yang menawarkan pengajian terbaik? Teruskan membaca kerana Deenamik akan senaraikan beberapa universiti yang telah pun mendapat pengiktirafan dari WHO, KPT, MQA, JPA, MMC, MDC, dan MVA.
Universitas Sumatera Utara
Bidang pengajian yang ditawarkan adalah perubatan, pergigian dan juga farmasi. Universiti ini terletak di Medan dan pengajian perubatan dan pergigian adalah antara yang terbaik yang ditawarkan di Indonesia.
Universitas Airlangga
Terletak di Surabaya dan menawarkan pengajian perubatan, pergigian, farmasi dan juga veterinar. Pelajar kebiasaannya memilih pengajian perubatan dan veterinar di universiti ini.
Universitas Padjadjaran
Menawarkan bidang pengajian perubatan, pergigian dan farmasi kepada pelajar yang berminat mendalami ilmu ini dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda. Universiti ini berlokasi di Bandung, Sumedang, Jawa Barat. Hawa di sini agak nyaman.
Universitas Hasanuddin
Universiti yang terletak di Kota Makassar ini menawarkan bidang pengajian perubatan. Anda yang mempunyai CGPA 3.0 sudah layak untuk memohon sebagai pelajar di universiti ini.
Universitas Gadjah Mada
Ditubuhkan pada 19 Disember 1949 di Yogjakarta. Menawarkan bidang pengajian farmasi. Bidang pengajian ini sangat popular dalam kalangan pelajar Malaysia.
Universitas Andalas
Menawarkan bidang pengajian perubatan, farmasi dan pergigian. Unievrsiti ini mempunyai pelbagai fasiliti dan kemudahan yang selesa untuk digunakan oleh pelajar.
Bogor Agricultural University
Universiti ini sesuai untuk pelajar yang berminat mendalami pengajian berkenaan dengan perubatan veterinar. Ianya adalah kajian mengenai haiwan. Universiti ini terletak di Bogor dan mempunyai hawa yang dingin dan nyaman.
Institut Agama Islam Negeri Sulthan Thaha Saifuddin Jambi (IAIN STS Jambi)
Universiti ini adalah antara universiti yang menawarkan pengajian Islam. Pengajian Islam di Indonesia adalah antara yang terbaik di Asia Tenggara. Pelajar lepasan STAM dan SPM sesuai untuk melakukan permohohonan ke universiti.
UIN Ar-Raniry, Banda Aceh
Pelajar yang melakukan permohonan ke universiti ini dalam bidang Pengajian Islam pasti akan merasai aura kerana universiti ini terletak di Banda Aceh. Bandar Aceh terkenal dengan sistem pemerintahan yang mematuhi ajaran Islam yang ditetapkan.
Kesemua univerisiti di atas buka peluang kepada pelajar lepasan SPM/IGCSE/O-Level/Matriks/Asasi/STPM/STAM/A-level/IB/Diploma @ setaraf. Kepada anda yang berminat, anda boleh mendaftar bersama Daulah Educonsult segera. Kemasukan seterusnya adalah pada September 2020.
Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
- Customer service 1 :0189624322
- Customer service 2 :0182429322
- Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)