Daulah Educonsult menawarkan pelajar-pelajar lepasan SPM, STPM, A-level, O-level dan setaraf dengannya. Pelajar juga berpeluang untuk sambung belajar ke dalam bidang kejuruteraan, kejuruteraan pesawat, pengajian Islam, bahasa Arab, perubatan, pergigian, farmasi, veterinar dan lain-lain. Negara yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult ialah Bangladesh, Mesir, Indonesia, Poland dan Rusia tetapi Daulah Educonsult juga menawarkan negara lain. Namun untuk sambung belajar ke negara lain hendaklah berhubung dan berbincang dengan pihak Daulah Educonsult.

Bagi pelajar yang ingin sambung belajar ke negara Rusia, pelajar akan ditawarkan dengan universiti terbaik di sana seperti Kursk State Medical University, Russia National Research Medical University, Saint Petersbug University, Privolzhsky Research Medical University, Volvograd State Medical University, I.M. Sechenov First Moscow State Medical University dan Moscow Aviation Institute.
Universiti yang sering ditawarkan di Rusia ialah Kursk State Medical University yang mana universiti tersebut merupakan 10 universiti perubatan di Rusia. Universiti tersebut juga menggunakan bahasa Inggeris sebagai platform penting dalam bidang perubatan. Bidang yang ditawarkan di Rusia ialah perubatan, pra-perubatan, pengurusan perniagaan antarabangsa dan kejuruteraan pesawat udara.
Selain Rusia, negara yang menawarkan universiti terbaik ialah Bangldesh. Universiti yang ditawarkan ialah Dhaka Medical College, Dhaka Dental College, Mymensingh Medical College, Chittagong Medical College, M.A.G Osmani College di Sylet dan Bangladesh Agricultural Univesrity (Veterinary Science).
Kebanyakkan bidang yang terdapat di Bangladesh ialah perubatan, pergigian, farmasi dan veterinar memandangkan universiti di sana banyak menawarkan bidang-bidang tersebut. Syarat untuk sambung belajar ke Bangladesh adalah sama seperti di Rusia iaitu mendapat semua B dalam subjek Sains di SPM, CGPA 3.0 dalam STPM dan semua B dalam subjek Sains pada peringkat A-level.

Sambung belajar ke negara Mesir juga menjadi pilihan pelajar-pelajar terutama ke universiti terkenal dan terbaik iaitu Universiti Al-Azhar, Mesir. Bidang yang ditawarkan di Mesir ialah pengajian Islam,farmasi, pergigian, usuluddin, ulum-islamiyah dan syariah.
Namun bagi pelajar yang ingin sambung belajar ke Mesir tanpa sijil, pelajar akan didaftarkan ke Madrasah Daulah. Apabila pelajar memasuki program Madrasah Daulah, akan didedahkan dengan beberapa aktiviti sebelum ke peringkat seterusnya. Program Madrasah Daulah adalah terbuka kepada mereka yang berumur 12 hingga 30 tahun.
Peringkat seterusnya ialah Maahad Buuth di mana peringkat menengah sebelum memasuki Universiti Al-Azhar tetapi pelajar akan menduduki Ujian Imtihan Qabul yang akan menentukan. Pelajar yang mendapat keputusan baik akan diletakkan ke dalam Program Maahad Buuth tetapi pelajar yang mendapat keputusan sebaliknya akan diletakkan di Dirosah Khossoh.
Negara seterusnya ialah Poland dimana negara tersebut terletak di tengah-tengah kawasan Eropah dan mengalami empat musim dalam satu tahun. Universiti yang ditawarkan di Poland ialah Vistula University, University of Lodz, University of Warsaw, Warsaw University of Technology dan Vincent Pol University. Bidang yang ditawarkan ialah perubatan, teknologi maklumat, kewangan akaun, psikologi, pengurusan perniagaan dan lain-lain bidang.

Negara jiran kita iaitu Indonesia juga menawarkan universiti terbaik antaranya seperti Universitas Hasanuddin di Makassar, Institut Agama Islam Negeri Sulthan Thaha Saifuddin Jambi (IAIN STS Jambi), Institut Pertanian Bogor di Bandung, Universitas Gadjah Mada dan lain-lain tempat di Indonesia. Bidang yang ditawarkan di Indonesia ialah perubatan, pergigian, farmasi, veterinar, psikologi dan pengajian Islam.
Pelajar akan nikmati pengalaman baru dengan belajar di luar negara bersama Daulah Educonsult. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi nombor yang tertera di bawah.
Hubungi talian hotline : 0392851322 
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here