Daulah Educonsult buka semual peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Pengajian Islam menerusi Madrasah Daulah. Peluang ini dibuka kepada pelajar yang tidak mempunyai sijil SPM dan STAM yang berumur 12 tahun hingga 30 tahun. Madrasah Daulah menerima pelajar lelaki dan perempuan yang mempunyai semangat yang tinggi untuk mendalami ilmu Islam tanpa mengira latar belakang pendidikan.
Kali ini, Daulah Educonsult buka kemasukan kepada terhad 10 orang pelajar sahaja. Kemasukan seterusnya adalah pada bulan SEPTEMBER 2020. Daftar segera sebelum kuota yang ditawarkan penuh!
Madrasah Daulah
Madrasah Daulah adalah sebuah platform terbaik bagi pelajar yang tidak mempunyai sijil pendidikan seperti SPM dan STAM untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Pengajian Islam. Di Madrasah Daulah, pelajar akan dibantu untuk mempersiapkan diri untuk melayakkan diri ke Maahad Buuth. Madrasah Daulah terletak di Kaherah.
Kelebihan Melanjutkan Pengajian Ke Madrasah Daulah :
- Pembinaan akhlak, karakter dan keperibadian yang mulia.
- Pembinaan keilmuan secara menyeluruh, meliputi ilmu-ilmu syarak, ilmu-ilmu moden serta kemahiran-kemahiran.
- Hafazan Al-Quran dan bacaan Al-Quran secara bersanad bersama para masyaikh terpilih.
- Pembentukkan ‘syakhsiyyah azhariyyah’ (keperibadian seorang ‘Azhari’) yang menghayati manhaj Al-Azhar Asy-Syariff, dengan penghayatan yang mendalam.
Seterusnya, pelajar akan menduduki peperiksaan Imtihan Qabul yang merupakan tanda pengukur sama ada anda layak ditempatkan di Maahad Buuth atau tidak. Ianya bergantung kepada penguasaan pelajar dalam peperiksaan. Jika keputusan pelajar kurang memuaskan pelajar akan ditempatkan di Dirosah Khossoh.
Maahad Buuth
Maahad Buuth adalah sebuah Sekolah Menengah Antarabangsa yang berada di bawah naungan institusi ilmu Al-Azhar Asy-Syariff. Pelajar hanya perlu menyediakan alatan untuk belajar dan juga kelengkapan yang lainnya. Hal ini kerana Maahad Buuth adalah sebuah sekolah kebajikan di mana yuran dan kos tenaga pengajar di tanggung sepenuhnya oleh institusi ilmu Al-Azhar Asy-Syariff.
Maahad Buuth mengamalkan sistem ‘lompat kelas’ iaitu pelajar yang mampu menguasai pengajian akan dibenarkan untuk pindah sehingga dua kelas. Bukan satu pemandangan yang pelik sekiranya dalam satu kelas terdapat pelajar yang muda dan tua.
Tempoh pengajian di Madrasah Daulah dan Maahad Buuth adalah antara 4 tahun hingga 6 tahun. Ianya bergantung kepada tahap pengajian pelajar itu sendiri.
Seterusnya, pelajar akan meneruskan pengajian dalam bidang Pengajian Islam di Universiti Al-Azhar selama lebih kurang 4 tahun. Pengajian Islam di universiti ini terbahagi kepada 3 bidang pengajian iaitu Usuluddin, Syariah Islamiah dan Bahasa Arab.
Daftar segera sebelum kuota yang ditawarkan penuh!
Jalani sesi konsultasi secara percuma di pejabat mereka di Dataran Pandan Prima 2, Ampang, Kuala Lumpur.
Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
- Customer service 1 :0189624322
- Customer service 2 :0182429322
- Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)