Daulah Educonsult membuka kembali tawaran ke Universiti Al-Azhar menerusi pendaftaran ke Madrasah Daulah. Pengajian di Madrasah Daulah tidak memerlukan sijil SPM dan juga STAM. Pelajar hanya perlu semangat dan keinginan yang tinggi untuk menuntut ilmu.

Madrasah Daulah adalah platform yang mempersiapkan pelajar untuk menghadapi ujian bagi kemasukan ke Maahad Buuth. Maahad Buuth adalah sebiah sekolah menengah bertaraf antarabangsa yang bersifat kebajikan. Pelajar hanya perlu menyediakan buku dan perlatan untuk belajar sahaja. Yuran pengajian di Maahad Buuth dan kos pengajar ditanggung sepenuhnya oleh Institusi al-Azhar.

Pelajar lelaki dan perempuan yang berumur 14 tahun hingga 21 tahun digalakkan untuk mengikuti program Madrasah Daulah ini. Tambahan, mereka yang benar-benar bersedia mengikuti peraturan dan aktiviti yang ditetapkan sangat digalakkan.

Pengajian di Madrasah Daulah adalah seperti :

  • Tahsiinul Quran
  • Tahfizul Quran
  • Talaqqi Dalaman
  • Talaqqi Kitab Bersama Syeikh
  • Pengajian Bahasa Arab
  • Pengajian Umum
  • Program Study Tour
BACA JUGA :   Sambung Belajar di Universiti Perubatan Terbaik Indonesia

Pelajar akan menduduki Ujina Imtihan Qabul untuk melayakkan diri sama ada ke Dirosah Khossoh atau ke Maahad Buuth. Jika keputusan peperiksaan kurang memuaskan, pelajar akan ditempatkan di Dirosah Khossoh. Namun jika pelajar itu cemerlang, pelajar akan ditempatkan terus di Maahad Buuth.

Madrasah Daulah terletak di Kaherah yang merupakan ibu negara bagi Mesir. Mesir adalah sebuah negara Islam dan sangat mudah untuk mendapatkan makanan halal. Tambahan, sistem pengangkutan di Mesir juga mudah didapati dan harga yang ditawarkan juga murah dan berbaloi.

Di Mesir, anda akan dapat mempelajari bahasa Arab yang merupakan bahasa utama komunikasi di Mesir. Bahasa Arab dalah bahasa Al-Quran. Tambahan, banyak kelebihan sebenarnya mempelajari bahasa Arab. Anda juga boleh jadikan ia sebagai titik tambah ketika memohon pekerjaan. Terdapat banyak pekerjaan yang memerlukan kefahaman bahasa lain khususnya bahasa Arab seperti penterjemah dan sebagainya.

BACA JUGA :   Jadi Mahasiswa Universiti Sumatera Utara, Indonesia!

Lakukan pendaftaran segera bersama Daulah Educonsult kerana kuota yang ditawarkan kali ini adalah hanyalah 10 kekosongan sahaja. Kemasukan seterusnya adalah pada bulan September 2020. Namun anda sudah boleh melakukan pendaftaran mulai sekarang.

Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya.  Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here