Madrasah Daulah sedang membuka kemasukan terhad kepada 10 orang pelajar sahaja lagi untuk mendaftar bagi kemasukan sesi September 2020. Pelajar yang berumur 12 tahun hingga 30 tahun yang berminat melanjutkan pengajian ke Madrasah Daulah boleh melakukan pendaftaran segera. Pendaftaran boleh dilakukan bersama Daulah Educonsult.

Madrasah Daulah 

Madrasah Daulah adalah platform terbaik bagi pelajar yang tidak memiliki sijil pendidikan seperti SPM dan STAM namun mempunyai semangat yang tinggi untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Pengajian Islam. Di Madrasah Daulah pelajar akan dibantu untuk menduduki peperiksaan Imtihan Qabul bagi melayakkan pelajar melanjutkan pengajian ke Maahad Buuth.

Maahad Buuth

Di Maahad Buuth, pelajar akan menjalani alam persekolahan menengah bersama para pelajar dari hampir 114 buah negara di dunia. Maahad Buuth adalah setaraf dengan institusi pendidikan peringkat antarabangsa yang lain. Maahad Buuth mengamalkan sistem pembelajaran secara ‘lompat kelas’. Ianya bergantung kepada penguasaan pelajar itu sendiri ketika dalam peperiksaan. Tidak hairan jika terdapat pelajar yang lebih muda dan berusia dalam kelas yang sama.

BACA JUGA :   Jom Kenali Universiti Terbaik bagi pelajar lepasan STAM !
Pelajar Madrasah Daulah

Tempoh pengajian adalah antara 4 hingga 6 tahun bergantung kepada penguasaan pelajar itu dalam peperiksaan. Pelajar dari Malaysia yang meminati bidang Pengajian Islam gemar melanjutkan pengajian ke Madrasah Daulah kerana tidak memerlukan sijil pendidikan seperti SPM dan STAM.

Universiti Al-Azhar

Selepas menamatkan pengajian di Madrasah Daulah dan Maahad Buuth, pelajar akan melanjutkan pengajian pula ke Universiti Al-Azhar dalam bidang Pengajian Islam. Bidang Pengajian Islam terbahagi kepada tiga iaitu bahasa Arab, Usuluddin dan Syariah Islamiah. Pelajar boleh memilih antara satu bidang pengajian tersebut. Di Universiti Al-Azhar, pelajar akan melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda.

Universiti Al-Azhar bukanlah satu nama yang asing dalam peminat ilmu Islam khususnya di Mesir. Universiti terulung ini adalah universiti tertua di Mesir dan telah melahirkan ramai ilmuwan Islam yang telah menyumbang kepada peradaban Islam.

BACA JUGA :   Tawaran Belajar Sesi Januari 2021 Di Bangladesh.

Ingin menjadi salah satu pelajar di universiti terulung di dunia? Daftar segera kemasukan ke Madrasah Daulah. Konsultan terbaik di Daulah Educonsult akan guide anda bermula dari pendaftaran sehingga lah anda menamatkan pengajian.

Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya.  Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

 

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here