Daulah Educonsult buka peluang kepada pelajarย  untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar tanpa SPM dan STAM menerusi Madrasah Daulah. Pelajar yang berusia 12 tahun hingga 31 tahun digalakkan untuk melakukan permohonan. Pelajar akan mengikuti pengajian di Madrasah Daulah, Maahad Buuth dan seterusnya ke Universiti Al-Azhar.

Madrasah Daulah

Madrasah Daulah menerima pelajar seawal usia 12 tahun hingga 31 tahun untuk melanjutkan pengajian ke Madrasah Daulah tanpa SPM dan STAM. Di Madrasah Daulah, pelajar akan dipersiapkan untuk menghadapi ujian kemasukan ke Maahad Buuth iaitu Imtihan Qabul.

 

Di Madrasah Daulah, pelajar akan mengikuti pengajian seperti berikut :

  • Tahsinul Quran
  • Tahfizul Quran
  • Talaqqi Dalaman
  • Pengajian Bahasa Arab
  • Pengajian Umum
  • Talaqqi Kitab Bersama Syeikh
  • Program Study Tour

Pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke Madrasah Daulah perlu mempunyai semangat yang tinggi dan akan mengikuti sesi konsultasi terlebih dahulu bersama Daulah Educonsult.

BACA JUGA :   Jepun Catat Kes Baru COVID-19

Maahad Buuth

Maahad Buuth adalah sekolah menengah bertaraf antarabangsa dan merupakan sekolah kebajikan. Hal ini demikian kerana pelajar hanya perlu membayar buku dan keperluan pembelajaran kerana yuran dan kos tenaga pengajar di tanggung sepenuhnya oleh Institusi Al-Azhar.

Pengajian di Maahad Buuth adalah bergantung kepada penguasaan pelajae dalam peperiksaan. Di Maahad Buuth, sistem pendidikannya mengamalkan ‘lompat kelas’. Jika pelajar itu cemerlang dalam peperiksaan, pelajar dibenarkan ‘melompat’ shingga dua kelas. Oleh itu, akan wujud jurang oerbezan umur di dalam satu kelas. Hampir 114 buah negara yang menghantar pelajar mereka untuk melanjutkan pengajian ke Maaha Buuth ini.

Universiti Al-Azhar

Selepas menamatkan pengajian di Madrasah Daulah dan Maahad Buuth, pelajar akan menyambung pengajian ke Universiti Al-Azhar dalam bidang Pengajian Islam. Pengajian Islam pula terbahagi kepada Bahasa Arab, Usuluddin dan Syariah Islamiah. Tempoh pengajian di Universiti Al-Azhar adalah sekitar 4 tahun mengikut penguasaan pelajar itu sendiri.

BACA JUGA :   Kes SRC : Datuk Seri Najib Razak Diperintah Bela Diri

Daftar segera bersama Daulah Educonsult untuk kemasukan segera ke Madrasah Daulah. Kemasukan seterusnya adalah pada Ogos dan September 2020 ini. Kemasukan kali ini adalah terhad!

Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya.ย  Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here