Daulah Educonsult membuka tawaran kepada mereka yang berkeinginan dan bersemangat tinggi untuk belajar ke luar negara dengan berdaftar ke Madrasah Daulah. Yang menariknya, pendaftaran ke Madrasah Daulah adalah percuma kepada mereka.
Pendaftaran tersebut adalah terbuka kepada mereka seawal 12 hingga 30 tahun tidak kira sama ada lelaki atau perempuan. Malah, mereka juga tidak memerluka sebarang sijil pun berdaftar belajar ke Madrasah Daulah yang terletak jauh di Kaherah, Mesir.
Mereka yang memasuki ke Madrasah Daulah akan dipersiapkan dengan subjek dan aktiviti sebelum ke peringkat seterusnya.
Pelajar akan didedahkan dengan beberapa subjek dan aktiviti yang menarik sebelum ke Maahad Buuth iaitu
-
Tahsiinul Qur’an
-
Tahfizul Qur’an
-
Talaqqi Dalaman
-
Pengajian Bahasa Arab
-
Pengajian Umum
-
Program Study Tour
-
Talaqqi Kitab Bersama Syeikh