Anda pasti mengenai hidupan gergasi purba iaitu dinosaur. Tahukah anda, makhluk purba ini juga wujud di Malaysia!. Baru-baru ini satu penemuan beserta dengan bukti kukuh menyaksikan bahawa haiwan ini pernah wujud di Tanah Merah, Kelantan.

Negara digemparkan dengan penemuan kesan tapak kaki dinosaur spesies Sauropod yang dianggar berusia kira-kira 145 tahun hingga 66 juta tahun. Penemuan kesan tapak kaki ini adalah di Bukit Panau, Tanah Merah, Kelantan. Pasukan Penyelidik Jabatan Geosains Fakulti Sains Bumi, Universiti Malaysia Kelantan yang bertanggungjawab dengan penemuan ini.

Namun, penemuan iatu menimbulkan keraguan rakyat Malaysia. Adakah benar fosil yang dijumpai itu benar-benar dinosaur? Dan adalah ianya spesis tersebut?

BACA JUGA :   Darjah Kebesaran Dua Datuk Paduka Ditarik Balik Oleh Sultan Kelantan

Bukti Kukuh 

? Penemuan fosil ini bukti bahawa dinosaur pernah wujud di Tanah Merah kira-kira 160 tahun hingga 66 juta tahun lalu.

? Penemuan lagi 7 tapak kaki fosil spesis Sauropod berukuran purata 72cm panjang dan lebar purata 66cm di atas Batu Pasir Kuarsa.

? Fosil yang dijumpai wujud kala Jura Akhir hingga Kapur Awal

Dinosaur Spesies Sauropod

Sejenis reptilia berkaki empat yang memakan hanya tumbuh-tumbuhan iaitu dari spesies herbivor. Reptilia ini bertubuh besar dengan tulang belakang setinggi sembilan meter dengan panjang sehingga 22 meter. Berat badan boleh mencapai kira-kira 30 hingga 40 tan! Difahamkan spesies dinosaur ini adalah yang paling besar pernah hidup di muka bumi.

BACA JUGA :   Anak Husam Musa Diberkas Polis Kerana Miliki Dadah

Kejayaan ini amat bermakna buat UMK terutama dengan penubuhan Jabatan Geosains, Fakulti Sains Bumi yang telah menjalankan kajian terhadap reptilia ini. Pengesahan ini turut dipersetujui oleh pakar dinosaur berasal Jepun.

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here