Daulah Educonsult ialah sebuah syarikat yang memberikan khidmat konsuktan kepada pelajar yang ingin sambung pengajian ke luar negara. Antara negara yang ditawarkan ialah Rusia, Mesir, Indonesia, Poland dan Indonesia.
Di sini juga mempunyai bidang-bidang yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult yang terdiri daripada pengajian Islam, bahasa Arab, perubatan, farmasi, pergigian, kejuruteraan, kejuruteraan pesawat dan lain-lain bidang. Syarat bagi sambung pengajian bersama Daulah Educonsult hendaklah mempunyai sijil SPM, STPM, A-level, O-level dan setaraf dengannya.
Bidang yang sering kali menjadi pilihan pelajar ialah bidang perubatan. Bidang ini terdapat di semua negara yang telah disenaraikan di atas.
Negara Bangladesh ialah sebuah negara yang terkenal dengan bidang perubatannya. Di sana, mereka menyediakan pelbagai fasiliti lengkap serta pengajiannya yang lebih menarik dalam bidang perubatan. Universiti di sana juga mempunyai hospital mereka sendiri.
Antara universiti yang terdapat di sana ialah Dhaka Medical College. Kolej ini terletak di tengah-tengah kota lama Dhaka. Hospital yang terdapat di universiti ini ialah Hospital Dhaka. Universiti lain ialah Mymensigh Medical College yang merupakan kolej perubatan kerajaan. Kolej ini juga terdapat hospitalnya sendiri iaitu Hospital Kolej Perubatan Mymensigh yang mana keluasannya ialah seluas 58 ekar.
Universiti di Bangladesh yang menawarkan bidang perubatan ialah Chittagong Medical College & Hospital yang mana merupakan instiusi kedua seleaps Dhaka Medical College. Selain itu M.A.G Osmani College di Sylet juga menawarkan bidang perubatan kepada pelajar. Kolej ini juga mempunyai hospitalnya sendiri iaitu Hospital Perubatan Sekolah yang mempunyai 200 katil.
Selain itu, Rusia juga tidak kurang hebatnya dengan teknologi terkini dan moden. Salah satu universiti tersebut merupakan universiti yang tersenarai sebagai 10 universiti terbaik di Rusia. Universiti tersebut ialah Kursk State Medical University yang terletak di berhampiran dengan bandar Moscow. Di sini juga mereka menggunakan bahasa Inggeris dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi.
Selain itu, Daulah Educonsult juga menawarkan universiti lain yang mempunyai bidang perubatan iaitu Russia National Research Medical University, Privolzhsky Research Medical University, Volvograd State Medical University dan I.M. Sechenov First Moscow State Medical University.
Negara yang berdekatan dengan kita dan serumpun iaitu Indonesia juga menawarkan bidang perubatan kepada pelajar-pelajar yang berminat untuk sambung pengajian ke luar negara. Antara universiti yang menawarkan bidang perubatan ialah Universitas Hasanuddin di Makassar. Syarat bagi melayakkan pelajar sambung ke universiti ini ialah mempunyai STPM, Asasi, Matrikulasi dan Diploma. Pelajar juga wajib untuk mengambil subjek Biologi, Fizik, dan Kimia dalam SPM.
Universiti lain yang mempunyai bidang perubatan ialah Universiti Sumatera Utara yang terletak di Medan, Universitas Padjadjaran, Universitas Airlanggadi Surabaya dan Universitas Brawijiaya.
Poland juga salah sebuah negara yang menawarkan bidang perubatan kepada pelajar. Poland ialah sebuah negara yang terletak di tengah-tengah kawasan Eropah dan bersempadan dengan Jerman.
Universiti yang menawarkan bidang perubatan kepada pelajar ialah Medical University of Lodz. Universiti mendapat pendidikan perubatan terbaik di Poland pada peringkat pertama dalam Uiian Perubatan Kebangsaan pada tahun 2012 dan 2013. Selain itu, terdapat juga universiti lain iaitu University of Warsaw. Universiti ini menawarkan 3 program ijazah sepenuh masa dalam bahasa inggeris iaitu dalam bidang pergigian, perubatan dan farmasi.
Sekiranya ingin mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila hubungi nombor yang tertera di bawah.
Hubungi talian hotline : 0392851322 Customer service 1 :0189624322 Customer service 2 :0182429322 Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)
Dalam dunia pemakanan, banyak makanan yang dilabel sebagai "tidak sihat" kerana kandungan kalori, lemak atau gula yang tinggi. Namun, tidak semua makanan yang dianggap...
Murmansk, sebuah bandar di Rusia yang terletak di dalam Lingkaran Artik, terkenal dengan keadaan cuaca ekstrem dan fenomena alam yang luar biasa. Salah satu...
Sambut Ramadan di Negara Orang: Pengalaman Berbeza, Keberkatan Sama
Ramadan adalah bulan yang dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Namun, bagi mereka yang berada...