Safer telah membuka peluang jawatan kosong kepada mereka yang mempunyai kenderaan sendiri (motorsikal atau kereta) untuk berdaftar sebagai Safer Delivery Partner dan Driver.Safer Delivery Partner dan Driver adalah mereka yang akan menghantar makanan, penumpang dan barangan kepada pengguna Safer. Mereka digelar sebagai provider Safer.
Safer Delivery Partner dan Driver boleh memilih perkhidmatan mana yang mereka ingin daftarkan diri mereka sama ada Safer Delivery, Safer Ride atau Safer Swift. Pendaftaran sebagai Safer Delivery Partner dan Driver tidak akan mengenakan sebarang bayaran tetapi semasa pendaftaran pastikan maklumat telah dilengkapi dengan piawaian yang ditetapkan oleh syarikat Safer.
Penunggang dan pemandu perlu memasukkan maklumat yang lengkap atau dokumen yang lengkap iaitu dokumen asas dan management document. Dokumen asas seperti Identity Card (IC), lesen memandu serta gambar profil yang kemas dan sopan. Manakala management document ialah dokumen yang wajib ada iaitu roadtax, geran kereta, insurans kereta, perincian bank dan gambar profil yang sopan dan kemas.
Tambahan, pemandu Safer perlu mempunyai lesen Public Service Vehicle (PSV) mengikut arahan Menteri Pengangkutan Malaysia yang mewajibkan semua pemandu kenderaan e-hailing untuk mempunyai lesen PSV. Lesen E-hailing Vehicle Permit (EVP) pula adalah lesen yang akan diuruskan oleh syarikat e-hailing itu sendiri termasuk Safer.
Tambahan dokumen yang perlu ada untu pemandu ialah insurans e-hailing. Insurans e-hailing adalah perlu jika berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini kepada pemandu.
Bagi penunggang motorsikal pula mereka hanya perlu lesen E-hailing Vehicle Permit (EVP) memandangkan penunggang motorsikal bukan pemandu e-hailing. Namun, segala maklumat dan dokumen hendaklah dilengkapi dan mengikut syarat supaya pihak Safer dapat mengaktifkan mereka sebagai Safer Delivery Partner dan Driver dalam masa 24 jam sahaja.
Kelebihan lain yang akan diperoleh oleh Safer Delivery Partner dan Driver ialah mereka boleh jana pendapatan pasif sebanyak 1 peratus daripada cas perkhidmatan yang dikenakan kepada pengguna. Bagaimana? Pendapatan pasif berlaku apabila referral code yang akan dapat selepas berdaftar dikongsikan kepada orang ramai.
Semakin banyak referral code itu digunakan oleh pengguna, semakin banyak pendapatan pasif akan diperoleh. Dalam masa yang sama, pendapatan aktif juga akan diperoleh berdasarkan kepada berapa banyak tempahan yang dibuat oleh pengguna.
Sekiranya ingin mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila layari laman web di bawah untuk live chat dan hubungi nombor yang tertera di bawah.
Belangkas atau dikenali sebagai horseshoe crab dalam bahasa Inggeris adalah sejenis haiwan marin yang unik dan telah wujud sejak ratusan juta tahun yang lalu....
Veterinar adalah program akademik yang membolehkan pelajar mendalami ilmu perubatan veterinar secara mendalam. Ia melibatkan kajian tentang kesihatan haiwan, rawatan penyakit serta pengurusan penternakan...