Safer telah membuka peluang kepada mereka yang ingin jana pendapatan sampingan dengan berdaftar sebagai Safer Delivery Partner dan Driver.Safer menawarkan berbagai perkhidmatan hanya di dalam satu aplikasi sahaja. Tambahan, pendaftaran ini adalah percuma kepada semua. Bagaimana untuk daftar? Muat turun dahulu aplikasi Safer Driver di Google Play Store atau Apple Store. Link di bawah juga boleh digunakan untuk muat turun lebih mudah.
Selepas memuat naik aplikasi Safer Driver, jangan lupa untuk melakukan pendaftaran dengan memasukkan beberapa maklumat atau dokumen ke dalamnya. Jika kurang faham bagaimana, video di bawah akan menerangkan bagaimana untuk melakukan pendaftaran.
Pendaftaran ini akan memudahkan akaun Safer Delivery Partner dan Driver dapat diaktifkan supaya mereka dapat mencari job selepas berdaftar.
Selepas telah akaun diaktifkan, hendaklah bijak bagaimana untuk menguruskan tempahan yang dilakukan oleh pengguna. Makin cepat menerima job makin mudah untuk menguruskan tempahan.
Tetapi sekiranya tempahan terlalu banyak dalam satu-satu masa, boleh buat pembatalan untuk mengelakkan mereka tertunggu-tunggu. Video di bawah akan menunjukkan caranya bagaimana untuk menolak tempahan.
Selain itu, Safer Delivery Partner dan Driver juga boleh jana pendapatan aktif dan pasif secara serentak. Pendapatan aktif dapat dijana berdasarkan jumlah tempahan yang ditempah oleh pengguna.
Pendapatan pasif pula dijana dengan kongsikan referral code kepada orang ramai. Setelah selesai berdaftar, di bahagian ‘Invite Friends‘ akan dipaparkan referral code anda. Kod tersebut boleh dikongsikan kepada orang lain seperti rakan-rakan atau ahli keluarga. Apabila mereka menggunakannya pada salah satu perkhidmatan di Safer, anda akan jana pendapatan sebanyak 1 peratus daripada jumlah yang dikenakan pada pengguna.
Semakin banyak digunakan oleh orang lain, semakin banyak pendapatan akan dijana. Mudah kan jana pendapatan dengan Safer?
Bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila layari laman web dan hubungi nombor yang tertera di bawah.
Melanjutkan pengajian di luar negara adalah impian ramai pelajar yang bercita-cita untuk mendapatkan pengalaman pembelajaran bertaraf antarabangsa. Kini, peluang tersebut terbuka luas dengan pendaftaran...
Siapa kat sini suka tentang kapal terbang? suka enjin kenderaan? posting kali ni memang untuk korang.
ada perbezaan tau antara kejuruteraan mekanik dan kejuruteraan pesawat...
Siapa ada pengalaman kerja sambilan sambil belajar? biasanya kerja sambilan (Part time job) student degree selalu buat atau pelajar yang tengah cuti sem atau...