Daulah Educonsult ialah sebuah syarikat yang menawarkan khidmat konsultan kepada mereka yang ingin sambung belajar ke luar negara. Pelbagai negara ditawarkan kepada pelajar antaranya ialah Rusia, Mesir, Indonesia, Poland dan juga Rusia.
Pelajar sering kali akan memilih negara yang mereka ingin untuk sambung pengajian tetapi di sini akan menerangkan serba sedikit tentang sambung belajar ke Mesir.
Mesir ialah sebuah negara padang pasir tetapi bukan padang pasir semata, terdapat juga struktur ekonomi, bangunan yang kukuh. Bidang yang ditawrakan oleh Daulah Educonsult untuk sambung belajar ke Mesir ialah syariah, pergigian, farmasi, usuluddin, bahasa Arab, ulum-Islamiyah dan lain-lain bidang.
Universiti yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult di Mesir ialah Universiti Al-Azhar. Universiti adalah universiti paling banyak disebut kerana ramai rakyat Malaysia belajar di sana. Universiti ini juga merupakan salah satu pusat pembelajaran ilmu Islam yang tertua di dunia. Bidang yang ditawarkan di Universiti Al-Azhar ialah pergigian. perubatan dan pengajian Islam.
Tetapi jika pelajar yang tidak mempunyai sebarang sijil juga boleh sambung pengajian ke universiti ini. Bagaimana? Pelajar hanya berdaftar ke Program Madrasah Daulah dan pelajar akan didedahkan dengan beberapa aktiviti dan subjek sepanjang di Madrasah Daulah.
Bagi melanjutkan ke peringkat yang seterusnya, pelajar akan duduki satu ujian khas iaitu Ujian Imtihan Qabul dimana ujian ini akan menentukan pelajar dimasukkan ke Maahad Buuth atau Dirosah Khossoh. Sekiranya pelajar mendapat keputusan yang baik, pelajar akan dimasukkan ke Maahad Buuth tetapi sekiranya pelajar mendapat keputusan yang kurang memuaskan, pelajar akan diletakkan di Dirosah Khossoh.
Di sini pelajar akan diberikan pengajian yang mengikut kepada kemampuan pelajar untuk ke peringkat seterusnya. Pelajar yang lulus akan terus diserap ke Universiti Al-Azhar tetapi hanya dalam bidang pengajian Islam dan bahasa Arab.
![]()





