Safer ialah syarikat e-hailing yang telah mula diperkenalkan dan bersaing pesat dengan syarikat e-hailing yang lain. Apa yang ada dalam aplikasi Safer? Macam-macam ada dan semuanya bagi memudahkan pengguna untuk menggunakannya. Bagaimana hendak mendapatkan aplikasi ini?
Muat turun aplikasi Safer di Google Play Store atau Apple Store dan daftar sebagai user Safer. Tetapi untuk lebih mudah, tekan sahaja link di bawah.
USER : http://tinyurl.com/yae44s6u
Tambahan, pengguna juga boleh jana pendapatan dengan hanya duduk di rumah sahaja dan pasti pendapatan tersebut akan masuk ke akaun anda.
Safer Ride
Safer Ride ialah perkhidmatan menempah kenderaan dengan menggunakan kereta daripada driver Safer. Safer Ride menawarkan beberapa jenis kereta untuk memenuhi kemahuan pelanggan.
-
SaferGo, kereta yang digunakan ialah kereta yang paling terkini iaitu antara 2011 hingga 2020 serta mempunyai lima tempat duduk di dalamnya. Contoh kereta ialah seperti Perodua Myvi, Proton Saga, Proton Perdana dana lain-lain lagi.
-
Safer Gold, kereta yang digunakan ialah kereta yang mempunyai CC besar atau mewah. Kereta jenis ini sesuai untuk mereka yang ingin menikmati perjalanan ke destinasi dengan lebih selesa. Contohnya seperti kereta berjenama BMW, Mercedes, Porsche dan lain-lain.
-
SaferGo Xtra, kereta yang digunakan ialah kereta yang mempunyai tujuh tempat duduk di dalamnya atau MPV. Mereka yang mempunyai rakan atau kuantiti barang yang banyak boleh gunakan perkhidmatan SaferGo Xtra untuk lebih selesa. contoh kereta seperti Proton Exora, Perodua Alza, Toyota Avanza atau lain-lain lagi.
-
Safer Indulge, kereta yang digunakan ini adalah kereta yang bersaiz besar seakan-akan minibus. Kereta ini sesuai untuk mereka yang ingin ke lapangan terbang sebagai destinasi pilihan. Contoh kereta seperti Toyota Alphard, Toyota Vellfire dan lain-lain.