Kursk State Medical University bukan satu nama asing bagi pengamal perubatan dan juga pelajar yang berminat dalam bidang perubatan. Universiti yang terletak di Kursk, Rusia ini sudah melahirkan ramai pemikir perubatan yang berkualiti dalam kancah perubatan moden. Daulah Educonsult buka peluang kepada pelajar yang berminat melanjutkan pengajian ke universiti ini bagi kemasukan sesi September.
Peluang ini dibuka kepada pelajar lepasan SPM/IGCSE/O-Level/Matriks/Asasi/STPM/A-level/IB/Diploma @ setaraf. Dengan berbekalkan CGPA 3.0 anda sudah layak untuk melakukan permohonan. Universiti perubatan terulung di Kursk ini telah mendapat pengiktirafan dari WHO, KPT, MQA, JPA, dan MMC. Oleh itu, pelajar tidak akan berasa kesulitan ketika ingin memohon pekerjaan dengan menggunaka sijil dari universiti ini.
Kursk State Medical University atau turut dikenali dengan KSMU turut menawarkan bidang lain selain perubatan. Pra perubatan dan gerontologi (social works) adalah antara bidang lain yang ditawarkan. Tempoh pengajian bagi bidang perubatan adalah 6 tahun. Anda akan merasai musim yang berbeza sepanjang melanjutkan pengajian di universiti ini.
Ramai pelajar bukan sahaja dari Malaysia yang memilih untuk melanjutkan pengajian ke universiti ini adalah kerana KSMU menggunakan medium bahasa Inggeris dalam ketika kuliah. Situasi ini memudahkan pelajar untuk lebih memahami intipati pengajian.
Tambahan, KSMU juga mengamalkan sistem LOCK FEE iaitu pelajar hanya perlu bayar yuran yang telah ditetapkan tanpa terdapat kos tersembunyi. Kos yuran yang perlu dibayar adalah tetap walaupun nilai mata wang Malaysia mengalami kenaikan atau penurunan. Ianya sangat memudahkan dan Kursk adalah sebuah bandar pelabuhan yang damai dan aman.

Bagi pelajar Muslim, jangan risau jika anda mengalami kesukaran untuk mendapatkan makanan halal. Rusia adalah sebuah negara merdeka yang sudah lama menerima kedatangan Islam. Hal ini dibuktikan dengan penerimaan mereka seperti kewujudan masjid dan surau serta permintaan makanan halal daripada rakyatnya. Rusia juga sebua negara yang aman.
Daftar segera sebelum kuota yang ditawarkan penuh! Kemasukan seterusnya adalah pada SEPTEMBER 2020.
Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
- Customer service 1 :0189624322
- Customer service 2 :0182429322
- Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)