Ramai pelajar yang berimpian untuk melanjtukan pengajian ke Univesiti Al-Azhar . Universiti yang terletak di Kaherah Mesir ini merupakan universiti tertua di Mesir dan telah melahirkan ramai pemikir Islam dalam pelbagai bidang. Kini, pelajar yang tidak mempunyai sijil SPM dan STAM juga boleh melanjutkan pengajian di universiti terkemuka ini. Namun, anda perlu melalui Madrasah Daulah dan Maahad Buuth.

Pelajar seawal umur 12 tahun hingga 30 boleh melakukan permohonan bersama Daulah Educonsult. Kemasukan seterusnya adalah pada September 2020. Kemasukan kali ini adalah terhad dengan kuota sebanyak 10 pelajar sahaja. Pelajar perlu mengikuti pengajian di Madrasah Daulah terlebih dahulu smeentara menunggu nama naik untuk menduduki ujian kelayakan ke Maahad Buuth iaitu Ujian Imtihan Qabul.

Di Madrasah Daulah, mereka menerima pelajar lelaki dan perempuan yang bercita-cita tinggi dalam melanjutkan pelajaran dalam Pengajian Islam. Pelajar akan mempelajari subjek berikut di Madrasah Daulah :

BACA JUGA :   Kemasukan Oktober & November Ke Madrasah Daulah

?Tahsinul QURAN
?Tahfizul Quran
?Talaqqi Dalaman
?Talaqqi Kitab Bersama Syeikh
?Pengajian Umum
?Pengajian Bahasa Arab
?Program Study Tour

Setelah pelajar menduduki ujian kelayakan ke Maahad Buuth, pelajar akan ditempatkan sama ada di Maahad Buuth atau di Dirosoh Khossoh. Ianya bergantung kepada penguasaan pelajar itu sendiri. Jika cemerlang, pelajar akan ditempatkan terus ke Maahad Buuth yang merupakan sekolah menengah antarabangsa. Namun jika kurang cemerlang, pelajar akan ditempatkan di Dirosah Khossoh yang merupakan pra menengah.

Pengajian di Maahad Buuth adalah percuma kerana segala kos pengajian dan kos tenaga pengajar di tanggung sepenuhnya oleh Institusi Al-Azhar. Sistem pengajian di Maahad Buuth pula mengamalkan sistem lompat kelas. Ianya bergantung kepada penguasaan pelajar. Jika cemerlang , pelajar akan dibenarkan untuk lompat sehingga dua kelas.

BACA JUGA :   Sambung Pengajian Di Maahad Buuth Menerusi Program Madrasah Daulah Sesi November 2020.
Pelajar Madrasah Daulah

Setelah menamatkan pengajian di Maahd Buuth, pelajar akan melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar dalam Pengajian Islam. Pengajian Islam di Universiti Al-Azhar pula terbahagi kepad tiga iaitu :

✅Bahasa Arab
✅Usuluddin
✅Syariah Islamiah

Daftar segera ke Madrasah Daulah bersama Daulah Educonsult. Jalani sesi konsultasi secara percuma bersama konsultan terbaik mereka.

Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya.  Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here