Daulah Educonsult sedang buka peluang kepada pelajar yang tiada sijil SPM dan STAM untuk mendaftar ke Madrasah Daulah. Kemasukan ke Madrasah Daulah terbuka kepada pelajar seawal usia 12 tahun hingga 30 tahun. Madrasah Daulah platform pelajar yang berminat dalam Pengajian Islam untuk ke Universiti Al-Azhar namun tiada sijil SPM dan STAM. Kemasukan seterusnya adalah pada September 2020.

Pelajar yang ingin melanjutkan Pengajian Islam untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Al-Azhar namun tiada sjil SPM dan STAM digalakkan mendaftar ke Madrasah Daulah. Umum tahu syarat utama untuk melanjutkan pengajian ke Ijazah Sarjana Muda memerlukan sijil SPM atau STAM. Namun ianya berbeza di Madrasah Daulah.

Pelajar perlu melanjutkan pengajian ke Madrasah Daulah, Maahad Buuth dan seterusnya ke Universiti Al-Azhar. Di Madrasah Daulah, pelajar akan dipersiapkan untuk menghadapi ujian kemasukan ke Maahad Buuth iaitu Ujian Imtihan Qabul. Pengajian di Madrasah Daulah dan Maahad Buuth adalah bergantung kepada penguasaan pelajar itu sendiri.

BACA JUGA :   Kemasukan Ke Al-Azhar Menerusi Madrasah Daulah & Maahad Buuth

Selepas menduduki Ujian Imtihan Qabul, pelajar akan ditempatkan terus ke Maahad Buuth atau ke Dirosah Khossoh. Pelajar yang cemerlang akan ditempatkan di Maahad Buuth yang merupakan sekolah menengah antarabangsa di bawah kelolaan Institusi Al-Azhar. Namun jika pelajar kurang menguasai, pelajar akan ditempatkan di Dirosah Khossoh yang merupakan peringkat pra menengah.

Pelajar Madrasah Daulah

Pengajian di Maahad Buuth adalah bergantung kepada penguasaan pelajar itu sendiri. Maahad Buuth mengamalkan sistem lompat kelas. Hal ini bermakna jika pelajar itu menguasai dalam peperiksaan, pelajar diberi peluang untuk lompat sehingga dua kelas. Tambahan, Maahad Buuth adalah berada di abwah institusi Al-Azhar. Pelajar hanya perlu menyediakan peralatan belajar manakala yuran pengajian dan kos tenaga pengajar ditanggung sepenuhnya oleh Institusi Al-Azhar.

Setelah menamatkan pengajian di Maahad Buuth, pelajar akan meneruskan pengajian ke Universiti Al-Azhar dalam bidang Pengajian Islam selama 4 tahun. Pengajian Islam di universiti terulung di dunia ini terbahagi kepada 3 iaitu Usuluddin, Bahasa Arab dan Syariah Islamiah.

BACA JUGA :   Maahad Buuth Buka Peluang Belajar Tanpa Sijil Melalui Madrasah Daulah
Maahad Buuth

Jika berminat, lakukan pendaftaran segera kerana kuota yang ditawarkan adalah sangat terhad iaitu terbuka kepada 10 orang sahaja. Daftar segera bersama Daulah Educonsult.

Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya.  Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here