Madrasah Daulah ialah sebuah sekolah tahfiz yang terletak di Mesir di bawah Daulah Educonsult. Segala pendaftaran boleh dilakukan di Daulah Educonsult tetapi sebelum melakukan pendaftaran, mereka akan ditebual dahulu bagi memastikan mereka mempunyai minat yang betul-betul mendalam untuk belajar ke Madrasah Daulah.
Mereka yang ingin berdaftar ke Madrasah Daulah tidak boleh terus berdaftar begitu sahaja. Ini kerana bagi mengelakkan ruang kosong yang mereka peroleh mereka sia-siakan. Belajar ke Madrasah Daulah memerlukan kesabaran yang sangat tinggi memandangkan mereka akan ke Mesir seawal 12 tahun dan belajar dalam bahasa Arab.
Madrasah Daulah akan memberikan konsultan percuma kepada mereka sebelum mereka mendaftarkan diri memasuki ke Madrasah Daulah. Kenapa awal sangat 12 tahun?
Ini kerana kebanyakkan ibu bapa yang mempunyai anak 12 yang baru sahaja lepas UPSR pasti akan mencari sekolah tahfiz atau sekolah pondok untuk menggalakkan mereka belajar dalam bidang ilmu agama Islam.

Disebabkan itu, Madrasah Daulah menawarkan pendaftaran ke Madrasah Daulah seawal 12 hingga 31 tahun. Sebelum pelajar memasuki ke Maahad Buuth, pelajar akan diberi masa oleh Madrasah Daulah untuk selama kurang daripada 1 tahun untuk mempersiapkan diri mereka mempelajari bahasa Arab dan aktiviti luar yang disediakan oleh Madrasah Daulah.
Tambahan lagi, sebelum pelajar masuk ke Maahad Buuth, pelajar perlu menduduki Ujian Imtihan Qabul. Jadi apa yang mereka akan belajar sebelum menduduki ujian tu? Madrasah Daulah sudah menyediakan dua kelas iaitu Markaz Nile dan Sanad Tahsinul Quran untuk pelajar mempersiapkan diri mereka menduduki Ujian Imtihan Qabul.
Markaz Nile ialah kelas bahasa yang mana mereka akan belajar bahasa Arab manakala Sanad Tahsinul Quran pula ialah kelas Al-Quran yang mana pelajar akan khatam sebanyak 30 juzuk.
Kurang daripada 1 tahun, pelajar akan menduduki Ujian Imtihan Qabul sebagai persediaan ke Maahad Buuth. Ujian Imtihan Qabul bukan dalam bahasa Melayu tau tetapi dalam Bahasa Arab. Pelajar yang berjaya melepasi ujian itu akan dimasukkan ke Maahad Buuth iaitu menengah yang bermula dari tingkatan 1 hingga 6.
Pelajar yang tidak melepasi ujian itu akan dimasukkan ke Dirosoh Khosor iaitu pra-menengah. Di sini juga mereka akan didedahkan dengan Bahasa Arab bagi melayakkan mereka ke Maahad Buuth. Tempoh pengajian di Dirosoh Khosor adalah tidak lebih minimum tidak lebih daripada setahun, dan maksimum ialah setahun.
Pelajar yang masuk ke Madrasah Daulah kebanyakkannya kerana mereka ingin melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang syariah, usuluddin dan bahasa Arab.
Namun, pelajar seawal 12 tahun tidak boleh masuk ke Universiti Al-Azhar pada usia seawal itu. Disebabkan itu, Madrasah Daulah ditubuhkan supaya pelajar dapat sambung pengajian ke Universiti Al-Azhar pada usia yang sesuai dengan ilmu yang penuh di dada.

 

BACA JUGA :   Belajar Di Universiti Al-Azhar Tanpa Perlu Sijil SPM Atau STAM.

Sepanjang pelajar di sana, pelajar akan dijaga oleh seorang penjaga atau dipanggil Mudir. Mudir ini yang akan menjaga pelajar sepanjang pelajar di Madrasah Daulah.
Sekiranya ingin mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila layari laman web dan jangan segan untuk menghubungi nombor yang tertera di bawah.
Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here