Pelajar yang ingin belajar tetapi tidak mempunyai sebarang sijil boleh mengikuti Program Madrasah Daulah. Program ini juga terbuka kepada mereka yang berusia 12 hingga 30 tahun tanpa mengira lelaki atau perempuan. Pelajar juga kana peroleh manfaat daripada program ini.
Perjalanan sepanjang berada di Madrasah Daulah ialah pelajar akan didedahkan dengan beberapa pendidikan dan aktiviti semasa mengikuti program ini. Antara pendidikan yang diberikan ialah Tahsiinul Qu’an, Pengajian Umum, Tahfizul Qur’an, Pengajian Bahasa Arab, Talaqqi Dalaman, Talaqqi Kitab Bersama Syeikh dan Program Study Tour.
Selepas pelajar menjalani pendidikan semasa program tersebut, pelajar akan menduduki ujian khas dari Madrasah Daulah.
Pelajar akan menduduki ujian yang bernama Ujian Imtihan Qabul untuk menentukan pelajar sambung ke peringkat seterusnya. Pelajar yang mendapat keputusan baik akan dimasukkan ke Maahad buuth.
Tetapi sekiranya pelajar mendapat keputusan yang kurang memuaskan, pelajar akan dimasukkan ke Dirosah Khossoh. Pelajar yang dimasukkan ke Dirosah Khossoh akan melalui beberapa pengajian yang mengikut kepada kemampuan pelajar.
Peringkat seterusnya, pelajar yang berjaya akan ditawarkan sambung belajar ke Universiti Al-Azhar, Mesir. Pelajar tidak memerlukan sebarang sijil SPM atau STAM untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir.
Pelajar akan memperoleh kelebihan belajar di Madrasah Daulahdengan daya kemampuan menguasai bahasa Arab, Akhlak dan ilmu pengetahuan yang tinggi.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Madrasah Daulah, boleh hubungi nombor yang tertera di bawah.
Hubungi talian hotline : 0392851322 Customer service 2 :0182429322 Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)
Ramai yang lebih selesa bila tidur dalam keadaan gelap, tetapi ada juga yang terbiasa tidur dengan keadaan terang atau lampu menyala. Tahukah anda bahawa...
Dalam dunia pemakanan, banyak makanan yang dilabel sebagai "tidak sihat" kerana kandungan kalori, lemak atau gula yang tinggi. Namun, tidak semua makanan yang dianggap...
Murmansk, sebuah bandar di Rusia yang terletak di dalam Lingkaran Artik, terkenal dengan keadaan cuaca ekstrem dan fenomena alam yang luar biasa. Salah satu...