Skil berbahasa asing adalah satu kemahiran yang tidak semua orang mampu kuasai terutama bahasa Arab. Di Madrasah Daulah, anda bakal fasih berbahasa Arab di samping dapat mempersiapkan diri untuk memasuki Universiti Al-Azhar. Untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar, pelajar perlu menamatkan pengajian di Madrasah Daulah dan Maahad Buuth.

Kemasukan ke Madrasah Daulah tidak memerlukan sijil SPM dan STAM. Ianya adalah langkah mudah dan pantas untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. Umum mengetahui, untuk melanjutkan pengajian dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda memerlukan sekurang-kurang sijil SPM. Melalui Madrasah Daulah, kedua-dua sijil tersebut tidak digunakan, anda hanya perlu mempunyai semangat yang tinggi.

Madrasah Daulah memerlukan pelajar lelaki dan perempuan yang berusia dari 12 tahun hingga 30 tahun untuk melanjutkan pengajian. Di pusat pendidikan ini, mereka akan belajar subjek berikut :

?Tahsinul QURAN
?Tahfizul Quran
?Talaqqi Dalaman
?Talaqqi Kitab Bersama Syeikh
?Pengajian Umum
?Pengajian Bahasa Arab
?Program Study Tour

BACA JUGA :   Pendaftaran untuk Sesi 2021 di Bangladesh Kini Dibuka !

Di Madrasah Daulah, mereka akan menunggu ‘nama naik’ untuk menduduki peperiksaan Imtihan Qabul yang melayakkan mereka untuk memasuki Maahad Buuth atau Dirosah Khossoh. Kebiasannya masa yang diambil adalah selama 1 tahun.

Setelah menduduki peperiksaan Imtihan Qabul, pelajar akan ditempatkan sama ada di Maahad Buuth atau di Dirosah Khossoh. Jika pelajar cemerlang dalam peperiksaan, pelajar akan ditempatkan di Maahad Buuth yang merupakan sekolah menengah antarabangsa. Namun jika pelajar kurang cemerlang, pelajar akan ditempatkan di Dirosah Khossoh iaitu pra menengah.

Pengajian di peringkat Maahad Buuth adalah bersandarkan penguasaan pelajar itu sendiri. Pelajar dibenarkan untuk lompat kelas jika cemeerlang dalam peperiksaan. Oleh itu, bukanklah satu perkara yang aneh jika dalam satu kelas itu terdapat pelajar yang muda dan berusia.

Selesai menamatkan pengajian di Maahad Buuth, pelajar akan melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar dalam bidang Pengajian Islam. Pengajian Islam pula terbahagi kepada 3 iaitu Bahasa Arab, Usuluddin dan Syariah Islamiah. Tempoh pengajian di Universiti Al-Azhar pula adalah selama 4 tahun.

BACA JUGA :   Lokasi Terbaik Meluncur di Indonesia

Jika berminat, lakukan pendaftaran segera kerana kuota yang ditawarkan kali ini adalah terhad kepada 10 orang pelajar sahaja. Kemasukan seterusnya adalah pada SEPTEMBER 2020. Jalani sesi konsultasi bersama konsultan Daulah Educonsult secara percuma.

Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya.  Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here