Menyimpan impian melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengajian Islam di bumi Mesir namun tiada sijil SPM dan STAM? Syarat asas untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda adalah sijil SPM dan STAM. Namun kini tidak lagi. Melalui Madrasah Daulah, anda boleh melanjutkan pengajian ke Maahad Buuth dan seterusnya ke Universiti Al-Azhar.
Daftar segera bersama Daulah Educonsult kerana mereka adalah badan konsultan yang akan membantu menguruskan kebajikan pelajar sepanjang pelajar melanjutkan pengajian ke Madrasah Daulah . Pelajar akan melanjutkan pengajian ke Madrasah Daulah kemudian ke Maahad Buuth dan seterusnya ke Universiti Al-Azhar.
MADRASAH DAULAH
Madrasah Daulah menerima pelajar umur seawal 12 tahun hingga 30 tahun untuk melanjutkan ke pusat pendidikan ini. Di Madrasah Daulah, pelajar akan dipersiapkan untuk menghadapi ujian Imtihan Qabul. Ujian ini adalah proses untuk melayakkan diri pelajar memasuki Maahad Buuth.
Tempoh pengajian di Madrasah Daulah kebiasaanya 1 hingga 2 tahun mengikut tahap penguasaan pelajar. Jika pelajar lulus dengan cemerlang dalam Ujian Imtihan Qabul tersebut, pelajar akan masuk terus ke Maahad Buuth. Namun jika pelajar kurang cemerlang dalam peperiksaan tersebut, pelajar akan ditempatkan di Dirosah Khossoh.
MAAHAD BUUTH
Maahad Buuth adalah sekolah menengah bertaraf antarabangsa di bawah kelolaan Institusi Al-Azhar. Jika pelajar cemerlang di dalam peperiksaan Ujian Imtihan Qabul, pelajar akan ditempatkan terus ke Maahad Buuth. Namun, jika kurang cemerlang, pelajar akan ditempatkan ke Dirosah Khossoh yang merupakan pra menengah.
Di Maahad Buuth, pelajar hanya perlu membayar kelengkapan . Yuran pengajian dan kos tenaga pengajar ditanggung sepenuh oleh Institusi Al-Azhar. Sistem pendidikan di Maahad Buuth mengamalkan sistem lompat kelas iaitu jika pelajar cemerlang dalam peperiksaan, pelajar dibenarkan lompat sehingga 2 kelas. Konklusinya, sistem pengajian di Maahad Buuth bergantung kepada penguasaan pelajar.
UNIVERSITI AL AZHAR
Setelah tamat pengajian di Madrasah Daulah dan Maahaad Buuth, pelajar akan melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar dalam bidang Pengajian Islam. Bidang Pengajian Islam terbahagi kepada tiga. Antaranya seperti berikut :
- Bahasa Arab
- Usuluddin
- Syariah Islamiah
Tempoh pengajian di Universiti Al-Azhar adalah selama 4 tahun. Melalui Madrasah Daulah, pelajar diberi peluang untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar tanpa memerlukan sijil SPM dan STAM.
Daftar segera kerana kemasukan seterusnya adalah pada September 2020. Kuota yang ditawarkan kali ini adalah sangat terhad. Daftar Segera!
Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
- Customer service 1 :0189624322
- Customer service 2 :0182429322
- Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)